ARTIKEL SEBELUM

5/04/13

Anwar Ibrahim tak jadi bertanding di Perak ?


 ribuan orang ramai di Grik Perak



Masih menjadi misteri dimanakah Parlimen yang akan ditandingin oleh Datuk Sri Anwar..

Anwar berkata beliau tinggal lama di Perak iaitu 7 tahun di Kuala kangsar dan 2 tahun di penjara isa Kamunting kenapa saya tidak boleh bertanding di Perak dalam nada beseloroh..Kenapa umno Perak  bising dan takut dengan saya katanya.

Tetapi diakhir ucapan ceramah Jelajah Rakyat  di Grik malam tadi beliau berkata ,beri masa 24 jam dari sekarang kepada saya untuk berfikir dimanakah tempat yang akan  beliau bertanding karana pengundi Pematang Pauh buat masa ini meminta beliau mengingati jasa mereka membantunya semasa zaman saya kena penjara dan waktu susah semasa reformasi...

Orang Pematang Pauh lah yang memenangkan Wan Azizah dan selepas itu memenangkan saya semasa Prk yang lalu.. jadi berilah masa saya berfikir kata Anwar..

Jadi para  penyokong pakatan rakyat  kena bersabar kerana  kena tunggu dalam masa 24 jam lagi, dimanakah 'Anwar'  bertanding,  adakah beliau kekal bertanding di Permatang Pauh atau di tempat baru di Perak yang bakal di umumkannya nanti.

Semua orang ternanti nanti pengumumam dari Anwar pada ceramah Jelajah Rakyat di Grik tetapi hampa kerana tiada jawapan ...

Pada malam itu Anwar mengumumkan lima lagi calon Parlimen di Perak iaitu




Calon PKR PERAK

1. Bgn Serai : Mohd Nor Manuty
2. Gopeng : Lee Boon Chye
3. Lumut : Laksamana Imran
4. Pdg rengas : Dr Hj Meor Ahmad
5. Pasir Salak : Mustafa Kamil Ayob

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud