ARTIKEL SEBELUM

5/02/13

Anwar mahu PKR siasat acara tonjol wanita seksi


 



 Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap satu ranting parti itu yang didakwa menganjurkan tarian dengan menampilkan wanita berpakaian mengghairahkan.


Anwar yang juga ketua pembangkang berkata parti itu mempunyai nilai tersendiri yang patut disokong.

Katanya, PKR akan mengambil tindakan sekiranya tarian itu didapati tidak sesuai dan juga jika program berkenaan melibatkan parti.

"Parti ini perlu mendukung nilai yang baik, yang mana ia perlu dipertahankan setiap masa," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut bentuk tindakan yang akan diambil oleh parti ke atas cawangan parti yang didakwa menganjurkan majlis tersebut.

Laporan akhbar berbahasa Cina hari ini menyebut, majlis tersebut dianjurkan satu ranting PKR di Kulim.

Anwar berkata kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama berkaitan pendidikan percuma di Universiti Selangor di Shah Alam.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud