ARTIKEL SEBELUM

5/02/13

Penduduk lapor kes pemimpin Umno Tanah Merah ke SPRM

KOTA BHARU: Selepas dua tahun seorang guru yang juga pemimpin Umno didakwa tidak datang mengajar, penduduk Dun Gual Ipoh hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka datang beramai-ramai ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Yahya Petra membuat laporan berkaitan dakwaan salah laku Naib Ketua Bahagian Tanah Merah, Bakri Mustafa.

Wakil penduduk Kampung Bechah Laut, Raja Ahmad Zulfakar Raja Man, 37 mendakwa Bakri sebelum ini mengajar di Sekolah Kebangsaan Bechah Laut, namun tidak datang mengajar pada tahun lepas dan 2011.

“Saya diberitahu dia digantikan orang lain yang tidak mempunyai tauliah mengajar di sekolah tersebut.

“Saya dan ramai ibu bapa amat kecewa kerana guru yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik tidak hadir ke sekolah. Anehnya pihak sekolah seperti bersubahat sama,” katanya di sini.

Tahun lepas persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan dikejutkan dengan isu seorang guru yang memegang jawatan kanan dalam Umno di Tanah Merah tidak datang mengajar.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa ketika membangkitkan isu tersebut mendakwa guru berkenaan bebas melakukan apa sahaja termasuk tidak hadir ke sekolah walau pun dua tahun.

“Laporan telah dibuat ibu bapa kepada pihak atasan namun tidak diambil sebarang tindakan,” katanya.

Raja Ahmad Zulfakar berkata, selepas berita mengenai guru terbabit tersebar luas akhirnya beliau meletak jawatan sebagai guru.

Awang Yusof, 71 juga dari Gual Ipoh berkata, isu mengenai pemimpin Umno berkenaan sudah lama tersebar dalam kalangan penduduk tempatan.

“Saya amat sedih dengan mainan politik sesetengah pihak. Ada yang sanggup menerima gaji haram sedangkan dua tahun tidak mengajar,” dakwa beliau.

Sementara itu masyarakat India di Ladang Kerilla turut membuat laporan kepada SPRM terhadap Ketua Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Abdul Aziz atas dakwaan membawa wang tunai sebanyak RM1.2 juta ketika berceramah di ladang itu baru-baru ini.

Devandran a/l Vadiveloo, 34 mendakwa perbuatan pemimpin Umno itu dianggap cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan untuk membela mereka.

“Saya amat terkejut seorang Ketua Bahagian Umno mempunyai wang tunai sebanyak itu,” kata beliau.

Harakahdaily.com 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud