ARTIKEL SEBELUM

5/02/13

Ketua Umno meninggal dunia

GEORGETOWN - Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.

Mohd Noordin, 62, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 4.42 petang, menurut anak kedua allayarham, Jaafar Sadeq.

Katanya ,punca kematian bapanya disebabkan jangkitan kuman dalam badan berikutan kegagalan buah pinggang.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zahriah Abdul Rahman, 62, tiga anak iaitu Siti Hawa, 33, Jaafar Sadeq, 32, Mohamad Shukor, 27, dan tiga cucu.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Jaafar Sadeq berkata bapanya dimasukkan ke Island Hospital sejak tiga minggu lepas dan ditukarkan ke unit rawatan rapi selama tiga hari.

"Ayah saya tidak sedarkan diri selama dua hingga tiga jam sebelum menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Katanya, jenazah bapanya akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Rasa Ria di Sungai Bakap dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Lama Sungai Bakap. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud