ARTIKEL SEBELUM

3/12/12

Sivarasa, Cikgu Ishak dipanggil polis, ditanya 40 soalan



KUALA LUMPUR 3 NOV: Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin dipanggil polis berikutan penyertaan mereka dalam Langkah Hijau 25 November lalu.
Sivarasa dipanggil polis Selasa lalu manakala Ishak yang dikenali sebagai Cikgu Ishak pula semalam (Rabu).
Ishak diminta memberi keterangan di balai polis Wangsa Maju, petang semalam.
Katanya, polis bertanya 40 soalan tetapi beliau menggunakan haknya untuk tidak menjawab.
“Antara soalan ialah sama ada himpunan itu mempunyai surat kebenaran dan mengapa ia dijalankan.
“Selebihnya hanya soalan mengaibkan dan saya memilih untuk tidak jawab,” katanya kepada Keadilan Daily.
Langkah Hijau yang bertujuan membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan, menghimpunkan lebih 20,000 rakyat untuk berarak ke Dataran Merdeka.
Perarakan sejauh 42 kilometer itu bermula dari Markas PAS Taman Melewar di Gombak dan berakhir di Dataran Merdeka.
Sebahagian peserta berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan sejak 13 November lalu.
Turut berarak ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail;  Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan pimpinan lain.-Keadilan daily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud