ARTIKEL SEBELUM

5/12/12

Berlaku 13 Mei telahan Sahrizat Jalil ada benarnya




Video DSAI semalam di Gombak selapas samseng menggangu ceramah PR





Cukup di kesali dengan insiden Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin yang mengetuai sekumpulan samseng menyerang ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi.Pergaduhan itu menyebabkan beberapa sukarelawan cedera di kepala akibat dibaling batu dan ada juga yang ditusuk dengan benda tajam semasa insiden itu.

Apa yang penulis perhatikan dari insiden terbaru ini cukup membuktikan betapa Umno kian terdesak dengan kebangkitan rakyat.Kalau dilihat selepas pru12 gejala negatif dan provokasi liar dari Umno dan kuncu kucu  seperti  agak luar biasa dan sukar dikawal.

Bukan sekali tetapi sudah acap kali kes kes bergini berlaku  sehingga ada pertumpahan darah dan kecederaan terjadi. Tetapi amat malang tidak ada satu pun tangkapan atau siasat di lakukan oleh pihak berkuasa.

Oleh kerana mereka merasa perbuatan samseng mereka seolah olah dilindungi oleh pihak tertentu maka dengan beraninya mereka menggangu majlis orang dengan melakukan huru hara .

Jadi tidak hairan andai kata dengan izin Allah jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putra Jaya tak mustahil apa yang dinyatakan oleh ketua wanita Umno Dato Sharizat Jalil akan berlakunya huru hara seperti 13 mei itu adalah benar.

Khayalan Sharizat Jalil itu memang tepat dan mungkin terjadi jika kita lihat kepada kejadian samseng samseng yang bermaharaja semalam. Samseng samseng ini yang akan melakukan apa yang di imiginasikan oleh Sharizat  tentang 13 mei jika PR menawan Putra Jaya.


Mari kita renung kembali setelah sejarah 12 kali pilihan raya umum di negara Malaysia , saban kali pembangkang seperti Pas ,Dap  Keadilan dan parti yang lain tewas tetapi penyokong parti menerima dengan hati terbuka  akan keputusan pengundian.

Tidak pernah  kita lihat peyokong pembangkang membuat huru hara  selama 12 kali mereka tewas dalam pilihan raya di Malaysia? tetapi bagi penyokong Umno/BN baru terkena  sikit tempias tsunami yang mengakibatkan mereka hilang 5 negeri dan  gagal mempertahankan 2/3 majoriti  sudah berapa banyak  kejadian kejadian samseng yang menganggu ketenteramam awam seperti semalam berlaku.

Demo sana sini, tonggeng ponggong, seret kepala lembu, demo taik di Komta dan banyak lagi  yang terjadi itu hanya baru kalah 5 negeri [perak lanun rampas balik]. Jika kalah satu malaysia agak agak apa yang akan terjadi pada grombolan dan samseng samseng ini?


Sudah tentu penulis rasa  apa yang di imiginasikan atau ramalan oleh Sharizat  itu mungkin akan jadi kenyataan jika kita kira dari faktor faktor seperti kejadian semalam.

Penulis harap kes seperti upah samseng untuk menganggu majlis  orang dapat dibendung segera dan jangan dibiar ia membarah dan menular , kerana kelak akan membinasakan kerharmonian yang telah berjaya di pupuk selepas kejadian 13 mei tahun 69.

Kerana mahu menjaga kuasa politik sanggup menggadaikan masa depan negara dengan melakukan provokasi dan menghuru harakan negara. Amalkan sistem demokrasi seadil adilnya dan terima hakikat akan qada dan qadar Allah.




















 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud