Memang tak bebaloi dan tak setimpal nasib seorang pencuri kerana angkara seguni buah rambai.Akibat perbuatan mencurinya, di dunia lagi sudah menerima balasan.Aku memang tak suka dan benci dengan sikap orang yang panjang tangan , elok pun dia kena biar jadi pengajaran kepadanya dan orang lain supaya jangan cari jalan mudah untuk mencari kesenangan.
Kesian pun ada aku tengok Mamat neh apa la terdesak sangat mencuri seguni rambai yang bernilai $25 . Tak pasai pasai 7 tahun merengkok dalam penjara jika sabit kesalahan.
Bila kes bergini aku mula teringat akan kes mantan MB Khir Toyo ..hmmm " apa kabar Khir Toyo."ada sihat ka !! ..untung la lu, juta juta lu rasuah satu tahun je kena jel he he..
Ada orang curi rambai seguni bernilai $25, tapi 7 tahun kena beb jika sabit kesalahan.Engko memang bertuah Toyo weh!!.
he he saje aku cuit Khir toyo lama tak dengor cerita dia ha ha...
Apa pun keputusan kes seguni rambai hanya Hakim yang bijak sana je yang tau aku tak bantah kerana takut dicas hina Mahkamah pulak , Kepada diri aku dan yang membaca kisah ini jangan ikut perangai seperti ini ,kalau indam sangat makan buah rambai ,kut ia pun mintak la dari tuan punya kebun .bila dan kena macam ni siapa yang rugi dan malu.
KUALA TERENGGANU - Gara-gara 'merembat' seguni buah rambai di sebuah kebun milik seorang peneroka di Felda Belara, di sini, seorang buruh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Tertuduh, Rosli Abd Malek, 41, yang juga anak jati Felda tersebut boleh dikenakan hukuman itu selepas dia mengaku mencuri seguni buah rambai milik Bek Jusoh, 76, pada Rabu lalu.
Dia mengaku mencuri seguni buah rambai bernilai RM25 dengan seorang lagi rakannya yang masih bebas, di dalam kebun milik warga emas berkenaan pada 10 Oktober lalu kira-kira jam 7 petang.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret/Sesyen, di sini, Rosli Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Bagaimanapun, selepas pengakuannya direkodkan, Rosli menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukum yang akan diputuskan di Mahkamah Majistret, di sini dan membenarkan dia diikat jamin RM2,500 oleh seorang penjamin.~ Sinar Harian