ARTIKEL SEBELUM

15/10/12

Di Belasah Kerana Bakar Rumah Kosong

 Padah Bakar Rumah Kosong


Tak ada pasai cari pasai,  Tindakan seorang anggota bomba sukarela yang cuba membakar rumah kosong mengundang padah apabila dia dibelasah sekumpulan penduduk di Jalan Tengku di sini semalam.

Pemuda berusia 21 tahun itu dikatakan mencurahkan minyak tanah di dua rumah yang tidak berpenghuni di kampung terbabit sebelum membakarnya.

Perbuatan pemuda itu konun  mahu ‘mencipta’ kebakaran itu telah dilihat beberapa penduduk.

Tindakan bodoh lelaki itu menyebabkan sebuah rumah berpenghuni terbakar dan ini menimbulkan kemarahan penduduk sebelum mereka menangkap suspek yang ketika itu cuba melarikan diri.

“Berang dengan tindakan lelaki berkenaan, sekumpulan penduduk kampung mengejar dan menangkapnya sebelum membelasah suspek.

“Akibat kejadian itu, lelaki berkenaan mengalami pendarahan hidung dan bengkak bibir apabila dibelasah kira-kira 20 penduduk sebelum menyerahnya kepada polis,” .

Jumlah kerugian masih belum ditaksirkan dan akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebakaran dengan niat untuk melakukan kerosakan


sumber  SinarHarian

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud