ARTIKEL SEBELUM

19/09/12

Gambar separuh bogel pasangan diraja ,majalah Perancis diarah serah foto

Sebuah mahkamah Perancis hari ini mengarahkan majalah gosip negara itu, Closer agar menyerahkan kesemua foto digital asal kontroversi kepada Duchess of Cambridge, Kate - isteri kepada Putera William.
Selain itu, mahkamah juga melarang penerbitan susulan imej-imej Kate dalam keadaan tidak mengenakan baju.Ia tuntutan perundangan pertama dibawa oleh pasangan tersebut sejak mendirikan rumah tangga awal tahun lalu.
Majalah itu perlu menyerahkan foto asal dalam tempoh 24 jam. Ia akan dikenakan denda £8,000 (RM39,776) bagi setiap kesalahan jika menerbitkan semula foto-foto berkenaan .Di bawah keputusan itu, majalah Closer tidak boleh menyiarkan lagi imej-imej itu, yang dirakamkan ketika pasangan tersebut bercuti di selatan Perancis, termasuk di laman webnya dan aplikasi tablet.
Majalah itu telah menerbitkan 14 foto khususnya keadaan Kate tidak berpakaian Jumaat lalu.Dalam pada itu, sebuah di mahkamah Nanterre dekat Paris, memulakan siasatan jenayah ke atas majalah itu dan jurugambar.
Keputusan itu dikeluarkan selepas pendakwa raya berkata mereka sedang mempertimbangkan sama ada terdapat alasan bagi tuduhan jenayah.
Pasangan itu kini berada di Pasifik Selatan sempena lawatan kerja. Putera William dan Kate mendakwa privasi mereka telah dicerobohi.
Foto-foto itu turut disiarkan oleh sebuah akhbar Ireland dan mahu digunakan oleh majalah gosip Itali.


lagi berita berkaitan~~
Pasangan diraja Britain saman majalah siar gambar separuh bogel


 William dan Kate mahu saman majalah Perancis

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud