Mereka tertidur bila mana manusia diatas hina islam !!!
Video laporan polis Belia dan Blogger umno tehadap Ngeh Ko ham
Gerakan Belia 4B Perak hari ini tampil membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan melalui akaun 'twitter'nya yang mempersoalkan usaha umat Islam membantah filem “Innocence of Muslims”
Mereka menyifatkan tweet yang dikeluarkan oleh Ngeh itu menggambarkan seolah-olah memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia mempertahankan maruah Rasulullah s.a.w.
Kata kumpulan Belia itu lagi “Mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan dengan menyifatkan protes serta penentangan terhadap sebarang usaha menjatuhkan maruah Rasulullah adalah satu penghinaan kepada setiap umat Islam.
Syabas penulis terhadap pergerakan Belia 4B kerana seperti baru bangun dari tidur, memang benar ."Mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan dengan menyifatkan protes serta penentangan terhadap sebarang usaha menjatuhkan maruah Rasulullah adalah satu penghinaan kepada setiap umat Islam,”
Tapi perlu ingat !! jangan menjaga maruah islam hanya yang berpilih pilih demi politik sempit .Islam perlu dibela bila ada musuh islam menghinanya .Tetapi adakah kumpulan ini tertidur bila mana sahabat mereka dari MCA menghina hukum hudud.
Adakah mereka terlupa bila mana hero pujaan mereka Tun Mahathir hina islam dengan terang dan jelas salah satu diantara penhinaan mahathir [Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif ]tetapi tidak ada tindakan susulan atau lapuran polis di buat oleh kumpulan kumpulan ini.
Malah penghinaan yang paling besar bagi umat islam dalam negara ini ialah kegagalan pemerentah melaksanakan hukum yang wajib dari Allah dengan memuja hukum dari pemikir kafir serta orientalis barat.
Dalam isu Ngeh penulis pun tak setuju apa yang di lontarkan oleh beliau. Tetapi apa yang di fahamkan kenyataan Ngeh Ko Ham tidak menjuruskan kepada penentangan tahadap isu ini,secara jujur beliau mengecam keras penyebaran dan penerbitan filem tersebut.
Gambar ini buka setakat hiasan perlu ambik pengajaran dan renungan
**** nota kaki
Bahana laman sosial ~~~~~
Hanya satu tweet puak Umno jadi hero Islam konun merekalah pembela islam dengan membuat laporan polis terhadap Ngeh Ko Ham.
Dulu juga hanya satu tweet Nizar Jamaludin nguling pering jawab isu WWW1 sehingga naik jelek penulis tengok gelagat mereka sana sini buat laporan polis sehinnga naik pening pihak berkuasa melayan kerena puak ini
Last sekali Nizar tersenyum kerana menang kes saman tehadap fitnah WWW1.
Ha ha ha ......wa ka ka ka ka
Ini la senario politik Malaysia