ARTIKEL SEBELUM

18/09/12

Kereta Timbalan Menteri hangus


 Anggota polis memeriksa kereta timbalan menteri yang terbakar di Kapar.



KLANG - Kereta Proton Perdana Executive yang digunakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun ditemui terbakar di Jalan Akob, Bukit Kapar, dekat sini Sabtu lalu.

Kereta rasmi timbalan menteri itu sebelum ini dilapor dicuri pada 2 Jun lepas di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, polis dan bomba mendapat maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kereta yang terbakar di Jalan Akob pada pukul 7.30 malam.

"Kereta itu hangus. Pemeriksaan nombor casis dan enjin mendapati ia adalah kenderaan yang digunakan oleh Datuk Joseph," katanya kepada pemberita di sini.

Rangka kereta itu kini berada di Balai Polis Kapar di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu jenayah menggunakan api. - 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud