ARTIKEL SEBELUM

7/11/11

Gambar Sultan Kelantan Sembelih Qurban

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berangkat ke majlis korban anjuran Majlis Agama Islam Kelantan di Kompleks Agama Panji hari ini.

Majlis itu tuanku turut menyembelih sendiri seekor daripada 40 lembu yang dikorbankan.
-SinarHarian



Antara perkara yang biasa bagi kelantan tapi mungkin pelik bagi orang luar selain gambar ini ialah,

Menteri besar mengimamkan solat subuh di masjid,kemudian bersedia menunggu rakyat datang mengadu masaalah dirumahnya tanpa sebarang protokol,sebelum pergi ke pejabat.

Jika ,ada tetamu datang,beliau sendiri yang menghidangkan air untuk tetamu bukannya orang gaji macam ketua negeri lain.
Pagi jumaat MB ini juga yang turun ke dataran ilmu memberikan tazkirah ,membaca tafsir untuk rakyat jelata.

kami ada raja berjiwa agama dan MB seorang ulama',semoga gandingan kedua-dia tokoh ini akan menjadikan kelantan sejahtera dibawah rahmat dan Allah.semoga Allah jadikan hati kedianya dan hati-hati kami terus istiqamah dengan kecintaan kepada Islam. -ijoks2009-

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud