ARTIKEL SEBELUM

7/11/11

25 nyaris maut

JOHOR BAHARU - Seramai 25 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang mereka naiki terjatuh ke dalam parit di Km 19 Jalan Ayer Hitam, di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi itu, bas tersebut melanggar besi penghadang jalan sejurus keluar dari persimpangan tol Kulaijaya, sebelum terjatuh ke dalam parit menyebabkan semua penumpang cedera dengan tiga parah.

Seorang penumpang, D. Kanageswaran, 30, ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Aminah di sini, berkata bas tersebut dipandu laju sejak perjalanan bermula kira-kira 9.45 malam.

Beliau yang pengsan selepas kejadian berkata sempat melihat bas itu melanggar besi penghadang jalan.

"Apabila sedar, bas sudah di dalam parit dan saya terus mencari ibu dan isteri yang duduk di bahagian hadapan. Disebabkan tiada jalan keluar, saya terpaksa menendang cermin hadapan bas untuk menyelamatkan diri dan keluarga serta diikuti penumpang lain,” katanya. - Bernama


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud