Akhirnya penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menjelaskan yang dia bukanlah meminum arak seperti mana yang disangka ramai pihak melalui gambar yang tersebar di internet baru-baru ini.
Dia yang juga dikenali sebagai Apex berkata, mukanya kelihatan merah kerana suasana dalam restoran Itali tempat dia pergi itu panas dan sesak, ops!
Penulis tak nak cakap apa-apa sebab rasanya baik kita baca dulu statement Apex seperti mana yang diberinya kepada laman Beautifulnara.com;
” Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu.
Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung.
Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu.
Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar
Inilah harga yang perlu dibayar apabila menjadi seorang yang popular.
Ke mana saya pergi, sudah pasti akan bertemu peminat dan mereka mahu merakam gambar. Pada parti hari jadi berkenaan, saya tidak terkecuali menjadi perhatian dan ada yang mengambil gambar “
Wah hebat statement tu, cuma ada rakan penulis kata dia tak nampak pula muka Apex merah menyala masa jaga gawang kat padang, mungkin padang bola sejuk kottttttt
Apapun nak prasangka lebih-lebih pun tak boleh, kita pun bukannya ada di situ nak tuduh Apex tunggang todi.
Kita prasangka baik jelah…Selamat Hari Raya Haji Apex, lain kali nak pergi restoran Itali ajaklah kami sekali yea, muhahahahaha – Oleh Syahril A. Kadir