Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.
Dari Mr Hu Pang Chow, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Berkata.
"Saya Hu Pang Chow (Ketua DHPP Pusat) menafikan dengan sekeras-kerasnya mengatakan DHPP enggan sokong parti (PAS) jika hudud dilaksanakan dan ancam tinggalkan PAS yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini. Sebagai salah seorang pengasas Kelab yang kini jadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian, umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit didapur."-
Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan. - read more