ARTIKEL SEBELUM

4/10/09

Kulit Hitam adakah nampak kesan lebam merah ?



Raja Mat Rempit, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah mengaku bahawa beliau telah dipukul oleh 9 penyokong PAS.

Beliau dikatakan dipukul dari belakang dengan menunjukkan kesan merah bekas pukulan tersebut. Yang menjadi kemusykilannya ialah terdapat tanda merah pada belakang lehernya.



Apakah benar beliau di pukul kerana memandangkan kulit beliau itu yang hitam manis macam zambri kadiaq ,apakah kita boleh melihat kesan lebam yang berwarna merah pada seseorang yang berkulit gelap metalic macam beliau ? Lainlah jikalau kulit beliau berwarna cerah, pasti kesan merah itu akan kelihatan.



Yang ajaibnya ialah beliau sempat boleh mengira pula bilangan orang yang memukulnya itu. Jika seorang dua mungkin kita boleh terima, tetapi ini sampai sembilan orang yang memukulnya dari belakang.

Hakikatnya kita harus ingat ini mungkin satu strategik dalam kempen untuk meraih sedikit populariti umno dengan mengada-adakan cerita dan diulas oleh media pengampu untuk modal kempen dengan mengatakan penyokong Pakatan Rakyat ganas, tak beretika ,samseng dan macam macam lagi lebel yang diberi kepada penyokong pakatan rakyat...

kerana perkara bergini menjadi kebiasaan apabila bermulanya kempen pilihan raya kecil atau pilihanraya umum .Masihkah anda ingat kita dituduh memukul jurugambar , puteri umno ditunjuk kemaluan oleh penyokong pembangkang dan banyak perkara lagi yang ditunding kepada penyokong pembangkang apabila berlaku di setiap pernamaan calun bagi pilihanraya untuk modal politik umno.

Tetapi apa-apa pun jika memang benar beliau telah dipukul,kita sangat simpati kepada beliau.
dan minta beliau bersabar serta muhasabah diri ...



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud