LONDON 4 Okt. - Jaringan sendiri pada saat-saat akhir oleh Anton Ferdinand telah menyelamatkan pendahulu Liga Perdana England daripada menerima kekalahan apabila seri 2-2 dengan Sunderland di tempat sendiri hari ini.
Ferdinand telah tertampan sepakan kaki kiri pertahanan United, Patrice Evra dua minit selepas masa tambahan bagi membolehkan juara liga musim lalu itu terlepas dari kekalahan.
Sunderland terlebih dahulu mencipta jaringan melalui pemain hadapannya Darren Bent pada minit ke tujuh hasil larian cantik dan sepakan leret untuk menewas penjaga gol Ben Foster.
Penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov menyamakan kedudukan melalui sepakan akrobatik pada minit ke-51 sebelum Kenwyne Jones menjaringkan gol kedua Sunderland hasil tandukan lapan minit kemudian.
United kekal di puncak liga dengan 19 mata dari lapan perlawanan tetapi dicabar hebat oleh Chelsea yang akan melayan kunjungan Liverpool esok.
Sunderland di kedudukan keenam dengan 13 mata. - Reuters