ARTIKEL SEBELUM

27/09/09

KEPUTUSAN LIGA EPL games 7



Gameweek 7
Portsmouth0 - 1
Everton
Birmingham1 - 2
Bolton
Blackburn2 - 1
Aston Villa
Liverpool6 - 1
Hull City
Stoke City0 - 2
Man Utd
Tottenham5 - 0
Burnley
Wigan3 - 1
Chelsea
Fulham0 - 1
Arsenal
Sunderland5 - 2Wolves
Man CityV West Ham

Liverpool mencatat kemenangan besar 6-1 Hull City hasil jaringan hatrik Fernando Torres pada minit ke-11, 27, 46 sebelum Ryan Babel melengkapkan kemenangan The Reds hasil jaringan dua gol minit ke-87 dan 90.

Satu lagi gol tunggal pasukan bimbingan Rafael Benitez disumbangkan oleh ketua pasukan, Steven Gerrad, manakala jaringan tunggal Hull diperolehi melalaui Geovanni pada minit ke-14.

Rekod tanpa kalah Chelsea pula lebur di tangan Wigan Athletic apabila mereka tewas 3-1 di tempat lawan.

Pasukan bimbang Carlo Ancelotti itu ketinggalan pada minit ke-15 hasil jaringan Titus Bramble namun mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-46 oleh Didier Drogba.

Wigan kembali di depan melalui jaringan Hugo Rodallega pada minit ke-52 sebelum Paul Scharner mengesahkan kemenangan mereka buat kali ketiga musim ini selepas menjaringkan gol ketiga di minit akhir perlawanan.

Manchester United meneruskan rentak cemerlang apabila mengalahkan Stoke City 2-0 ditempat lawan hasil jaringan Dimitar Berbatov pada minit ke-61 dan John O’Shea minit ke-76.

Louis Saha terus menambah keperitan buat Portsmouth bagi kekalahan ketujuh berturut-turut apabila penyerang Perancis itu melakukan penyudah cantik membolehkan Everton menang 1-0 di Stadium Fratton Park semalam.

Dalam keputusan lain Birmingham City tewas 1-2 kepada Bolton Wanderers dan ketinggalan sejak minit kesembilan melalui jaringan Tamir Cohen sebelum Kevin Philips menyamakan kedudukan pada minit ke-83 dan Lee Chung-Yong menyumbat gol kemenangan Bolton dua minit selepas itu.

Blackburn Rovers pula mengalahkan Aston Villa 2-1, gol mereka diperolehi Christopher Samba pada minit ke-23 dan David Dunn minit ke-88 manakala gol saguhati Villa disumbangkan Gabriel Agbonlahor pada minit kedua.

Tottenham pula mencatat kemenangan besar apabila menang 5-0 ke atas Burnley di White Hart Lane hasil jaringan Robbie Keane dan Jermaine Jenas. – AFP



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud