ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label WE LOVE NIK AZIZ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WE LOVE NIK AZIZ. Papar semua catatan

12/04/14

Nik Aziz yakin DAP, PKR faham

Walaupun ditentang hebat rakan sekutunya, Pas yakin DAP dan PKR akan akur cadangan Kerajaan Kelantan mahu laksanakan hukum hudud di negeri ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau yakin kekuatan politik Islam yang berpegang teguh dengan akidah akan berjaya mengubah persepsi dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

“Tak apa..dia (hal itu) sikit lagi. Ambo (saya) akan sebut (perjelaskan) dan kita akan terbuka sedikit demi sedikit. Itulah kelebihan politik Islam, (politik Islam) syaratnya mesti kukuh, akidah pegang molek, biarlah apa orang nak buat, lama-lama mereka (DAP dan PKR) faham,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini, semalam.

Nik Aziz sebelum itu ditanya mengenai penentangan DAP dan PKR terhadap hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian (private bill) di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri ini.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata, keutamaan kini ialah mendoakan agar pembentangan di Parlimen berjaya kerana perkara itu sudah lama ditunggu dan diharapkan oleh kepimpinan Kerajaan Kelantan.

“Tak berlaku lagi (hudud), tapi doakan mudah-mudahan pembentangan itu berjaya. Ini satu kemajuan yang sudah lama kita tunggu, bukan senang untuk Kelantan dan negeri-negeri bawa perkara seperti ini ke Parlimen,” katanya sambil menegaskan wajib bagi wakil rakyat Islam menyokong rang undang-undang ini.

Menurutnya, kesediaan Kerajaan Pusat beri laluan bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan menunjukkan perkembangan positif apabila ramai mula memahami kepentingan undang-undang Islam itu.

“Alhamdulillah mereka (Kerajaan Pusat) terbuka hati. Agama dan negara kita Islam, kedatangan hudud sebelum wujudnya Pas, iaitu sejak hampir 2,000 tahun lalu, sedangkan Pas bertapak pada 1951. Hudud bukan undang-undang Pas sebaliknya undang-undang Islam,” katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika menyampaikan kuliah sesi pertama turut mengulas isu sama dan menurutnya penentangan oleh orang bukan Islam merupakan perkara biasa.

“Kita tak hairan jika mereka (bukan Islam) tidak setuju, biasalah kerana mereka bukan Islam, tapi mereka tak boleh halang kerana ini hak orang Islam, dan kita pun beri kebebasan kepada mereka apabila undang-undang ini dilaksanakan, sama ada boleh ikut atau tidak, yang kita kisahkan bila orang Islam tak faham dan tak mahu (undang-undang Islam),” katanya.

Bagaimanapun katanya, sokongan dan jaminan Adun-adun Umno di dalam Dun sehingga sanggup mengorbankan jawatan mereka merupakan perkembangan baik, serta petanda adanya kesedaran bahawa undang-undang sekarang tidak dapat selesaikan masalah jenayah dalam masyarakat.

28/12/13

Gambar Tok guru di perkahwinan Fizo Omar dan Mawar

Gambar YB Tuan Guru semasa menghadiri undangan majlis kesyukuran perkahwinan Fizo Omar dan Mawar di kediamannya di Selising, Pasir Puteh.

Alangkan seronoknya mempelai bila ulama terbilang dapat menyerikan majils perkahwinan mereka moga dapat barokah sehingga ke anak cucu...

Kepada pengantin aku doakan Selamat Menempuh hidup baru, semoga menjadi keluarga yang saqinah, mawwadah dan warrohmah. Aamiin..








2/10/13

Audit dunia bolehlah lepas tapi akhirat kata Nik Aziz:

 

"Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya," kata mursyidul am PAS .

Walaupun lepas di dunia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan, pihak yang melakukan kesalahan, seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2012, tetap tidak dapat melepas 'penghakiman' di akhirat.

Nik Aziz  berkata, "ketirisan berbilion ringgit wang rakyat" di sektor kerajaan itu akan terus berlaku selagi BN menjadi kerajaan.

"Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT," katanya.

Hari ini, saya membaca berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin. Sekali lagi menyaksikan ketirisan berbillion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan.

Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun, bayangkan jika ketirisan berbliion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat darinya?

Sayangnya, ketirisan ini bukan kali pertama berlaku. Ia akan terus berlaku selagi Umno/Barisan Nasional menjadi kerajaan. Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu ALLAH SWT.

Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia mustahil dapat mengawal manusia, mereka memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa yang Maha Hebat itu ialah ALLAH SWT.

Takutlah kepada ALLAH SWT. Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

15/04/13

Tok Guru sihat, jangan layan fitnah musuh..

 

Hanya Bepandukan pada sekeping gambar [atas] kebanyakan blogger dan facebocker pro BN memutarkan isu tentang kesihatan TGNA .

Cerita dan berita yang disampaikan oleh macai macai itu terlebih advance dan cukup sensasi kebanyakannya hanya satu tujuan iaitu  mahu memburuk buruk Tok Guru .

Bukan sekali berita tentang kesihatan TGNA dijadikan bahan jenaka dan fitnah oleh macai macai Umno kerana sebelum ini pemain media maya umno pernah memfitnah konun Tok guru sakit tenat,malangnya kesemua berita itu ternyata palsu dan fitnah belaka.

Difahamkan apa yang berlaku hanyalah kaki Tok Guru 'kebas' dan sedikit kekejangan,mungkin kepenatan kerana melalui jadual padat dalam program di Johor.


Gambar terbaru Tok guru [bawah] bukti bahawa beliau sebenarnya sihat..

Kepada anda semua jangan dengan cerita fitnah dari musuh kerana mereka kini mempunyai agenda tersendiri didalam perang saraf bagi menghadapi PRU yang dikatakan paling sengit dalam sejarah..

Tidak ada perkara yang membimbangkan terhadap kesihatan Tok guru, Doakan sahaja kesihatan beliau bertambah baek.

amin..

takbirrRR `~~


Gambar dipetik dari page TGNA

"Seruan Pas ialah kepada satu akidah, bukannya hanya satu Malaysia, inilah akidah yang akan menyatupadukan seluruh umat manusia, dengan Islam, manusia akan selamat...bukannya dengan kebangsaan.." - TG Nik Aziz di Batu Pahat, 14.4.2013



Tok guru Nik Aziz ketika berucap di Batu Pahat Johor.

JOM LIKE PAGE BATUVSKAYU 

27/02/13

Edisi menipu Nik Aziz terburai sudah !!




Terlebih dahulu Al-Fatihah buat Allahyarham ustaz Mahmod. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt.......

Malam ni nak cerita pasai TGNA...

Lihatlah [gambar] seorang pemimpin yg benar2 memimpin rakyat. Kelihatan Tuan Guru solat asar berjemaah di masjid Kg Nipah Bachok.Kerana sedang menunggu ketibaan jenazah Ustaz Mahmod .[sumber dari FB]

Pemimpin Umno boleh ke buat macam tu ?

Tetapi Warak macam pun , baek lagu manapun dan alim macam manapun TGNA, tetapi dari kacamata musuh politik beliau, ia nya tetap buruk dan hina jua...

Malah diherdik sebagai ulama terompah oleh sesetengah macai macai Umno...

Kes terbaru semalam kecoh dalam laman sosial dan telah pun terburai kerja kerja fitnah terhadap Nik Aziz oleh golongan manusia yang membenci beliau ,

Hangpa baca dibawah...










Kesian tengok perangai macai macai Umno bila buat kerja banggang lagi sia sia,

Kalau nak menipu pun agak agak la sikit..!!Jangan sampai memperbodohkan diri sendiri.

Setahu aku hanya rakyat yang berpendapatan RM3000 kebawah bagi seisi rumah yang layak mendapat bantuan BR1M, apakah jawatan menteri besar yang disandang oleh TGNA hanya berjumlah RM$3000.00 sebulan ??..

Kerana marah dan benci terhadap TGNA macai macai ini sanggup melakukan apa sahajaha  untuk memuaskan nafsu mereka  .

Sanggup memanupulasikan gambar TGNA dengan melakukan pengeditan semata-mata  mahu memfitnah TGNA sebagai salah seorang penerima BR1M.

Ha.. ha.. ha ...stupid betui .

Perangai tak senonoh macai Umno ini terbongkar  melalui gambar [atas].Jelas dua gambar diatas nampak sama tapi  menjadi berbeza setelah diubah suai oleh kuncu kuncu dajai.

Maka projek fitnah itu ternyata gagal ....

Cukup busyukkKK hati mereka.,sebusuk umpama bangkai.
Maka boleh kita simpulkan Umno dengan fitnah bagai aur dengan tebing. 

Akhlak pemimpin UMNO dengan macai  lebik kurang sama sahaja.....

Bodoh tak kesudah.~ Batuvskayu









19/11/12

Aku dah Agak Nik Aziz akan jadi mangsa




 


Aku dah agak apa yang akan terpapar pada muka kertas akhbar utusan meloya hari ini.

Tekaan dan telahan aku memang betui dan tepat sekali dan apa bila aku belek utusan online ianya telah pun di jadikan berita  utama  oleh akhbar meloya. 

Kebetulan saya menonton berita di TV3 di lihat Tok Guru di asak hebat oleh wartawan semasa diMuktamar Pas semalam .

Isunya semalam  bila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini melabel parti dominan Melayu itu sebagai murtad kerana menolak Islam parti tersebut.
Nik Aziz turut menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.

"Tak kira siapa pun, tak kira kalau tok guru sekalipun, kalau murtad...murtad lah. "Usahkan Umno, tok guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara ... hati dia betul, Islam tak guna ... dia murtad walaupun tidak ada mufti beritahu, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna ... dia murtad," katanya kepada pemberita.

"Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam, macam lekehkan benda salah ... macam ubat habis tempoh dia buang.Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?" kata Nik Aziz

Kenyataan dari TGNA ini membuat media penjilat kepanasan , bila tuan mereka di lebel murtad oleh Nik Aziz.maka apa lagi serangan terhadap Nik Aziz pun bermula  dan mungkin akan makan masa 3 atau empat hari oleh media penjilat dengan memainkan dan memutar belit isu umno murtad.{tak xcaya hangpa tengok la}.

Umno  dan media sering menuduh Pas memperalatkan agama demi kepentingan politik,tetapi Umno juga lupa bahawa Umno juga juara dalam memainkan isu agama demi kepentingan politik .

Sebagai contoh minggu ini sahaja media Umno memainkan sentimen agama untuk menyerang dan memburuk burukan pimpinan Pakatan Rakyat . Minggu lepas Nurul Izzah di fitnah dengan teruk dalam isu agama bila kenyataan Nurul Izzah di putar belit oleh puak Umno  dan hari ini tiba giliran Mursyidur Am Pas Nik Aziz pula di serang menggunakan isu agama.

Kita tunggu malam ini di berita utama media penjilat ,kita akan tenggok ulasan dari penjilat dan macai parti sekular membuat ulasan terhadap Nik Aziz akan bertambah hebat. Kesian melihat ahli ahli umno, mereka di perdaya oleh media  mereka dengan memperbodoh ahli dengan memutar belitkan kenyataan Nik Aziz.

Terang dan jelas apa yang di ucap oleh NIk Aziz dengan kiasan yang mudah di fahami, tetapi hati pemimpin  serta ahli umno seolah olah gelap. Kita bukan memusuhi Umno tapi kita memusuhi dasar umno yang sekular, tetapi pemimpin Umno buat pekak badak dengan menjalankan Islam separuh masak .Bila kita kata dasar mereka sekular Umno melenting tetapi itulah hakikatnya.

Umno kalau dah sekular sekular juga pemikiran pun primitif serta jumud.

21/10/12

Aura Nik Aziz vs Taib Mahmud Serawak....


 


Minggu ini sebuk sana sini puak puak Umno terutama media pengampu mendesak mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan .Ada apa masalah mereka dengan manusia yang bernama Nik Aziz saya pun tak faham?

Tok Guru Nik Aziz adalah Menteri Besar Kelantan yang dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Nik Aziz  dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak dengan berimejkan sebagai seorang ulama.Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, dan memegang jawatan Menteri Besar setelah Pas berjaya menumbangkan BN pada tahun 1990 sehingga kini.

Bersungguh benar juak juak Umno   mendesak Tok Guru meletak jawatan,dengan berbagai  alasan  antaranya sudah tua, terlalu lama, berpenyakit dengan  harapan mahukan beliau bersara dari arena politik atau bahasa kasar mahu membunuh karier politik Nik Aziz.

Apa yang mendorong juak juak ini mahukan Nik Aziz berundur, Jawapan yang pasti    UMNO seperti sudah berputus asa dengan  aura Nik Aziz .Umno terutamanya di kelantan  seperti kehabisan cara dan ikhtiar dalam berdepan seorang hamba Allah bernama Nik Aziz ,selagi adanya Nik Aziz Umno seakan merasa kesukaran parti mereka dalam berhadapan dengan Pas.

Kepada juak juak yang mendesak sangat Nik Aziz berundur ingatlah bahawa anda tidak ada hak berbuat demikian kerana yang berhak menentukan jatuh bangun Nik Aziz adalah ahli pas sendiri , Jawatan mursidul am bukanya dipilih oleh ketua cawangan UMNO atau JKK .Kalau alasan kesihatan  cuba kita lihat Allahyarham Syeikh Ahmad Yasin, walaupun atas kerusi roda tapi masih menjadi pemimpin Hamas dan disanjung sehingga akhir hayat, jadi tidak ada masalah bagi Nik Aziz memegang jawatan itu selagi dia mampu.


Allahyarham Syeikh Ahmad Yasin



Bagi penulis isu Nik Aziz perlu berundur tidak patut digembar gemburkan.Kalau nak nak dibandingkan diantara Nik Aziz dengan KM Serawak Taib Mahmud  penulis rasa yang sepatutnya perlu berundur ialah Taib Mahmud. 

Taib Mahmud  yang sudah lama berada ditampuk pemerentahan juga dilihat sudah berumur  tetapi  yang membuat dia patut wajib berundur ialah  sikap beliau serta keluarga yang telah banyak  menghimpun  harta kekayaan sepanjang menjawat jawatan nombor satu diSerawak berbanding dengan Nik Aziz di Kelantan. 

Sepatutnya juak juak ini mendesak agar KM Taib Mahmud juga melepaskan jawatanya seperti mana mereka mendesak Nik Aziz .Jangan  tutup sebelah mata bukalah mata kamu sampai ke Serawak dan lihat bagai mana bumi yang kaya raya dengan hasil bumi hanya dibolot oleh golongan tertentu sahaja seperti KM yang  bernama Taib Mahmud ~~~ Batuvskayu







21/09/12

Hebat gambar Tok Guru solat hajat halau jin!!

Bila Aku publish gambar Tok Guru tengah solat nanti ada pencacai kata  itu riak  dan sebagainya,Tetapi apa mesej yang nak di sampaikan ialah  sikap seorang pembesar negeri yang turun  menyelesaikan permasalahan rakyat.Dengan rendah diri serta tawaduk beliau turun menyelesaikan masalah rakyatnya.

Kisah berlaku di Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan bila mana sebuah rumah telah di ganggu oleh  kejadian misteri di mana rumah itu  seperti digangu oleh mahkluk halus dengan dinding rumah di jilat api di bahagan tertentu di rumah tersebut.

YAB. Tuan Guru telah meluangkan masa dengan berkunjung ke rumah keluarga mangsa gangguan 'api misteri' di Penambang ,Tuan Guru telah  solat hajat setibanya sampai di rumah mangsa ,moga ikhtiar Tok Guru dengan memohon doa diterima oleh kepada Allah s.w.t .

Menurut sumber gangguan makhluk halu situ mengganggu cucu Zainab Sulaiman,Norfatini Wan Hanafi,kemana sahaja Norfatini pergi gangguan api akan ada.

Moga berkat solat hajat yg dilakukan TGNA  tiada lagi gangguan sebegitu... Aamiin..


Sumber gambar














YAB. Tuan Guru solat hajat setibanya di rumah api misteri di Kg. Penambang.



 

 

24/08/12

Salah satu kehebatan TGNA berbanding dengan Kepala Grombolan cop Keris Telanjang

Terkejut mendapat berita Tok Guru Masuk Hospital ,ingatkan sakit kuat rupernya hanya sekadar berehat atas nasihat Doktor. Moga Tok Guru di beri kekuatan dan kembali bertugas seperti sediakala.

Isunya disini ialah..

Satu kehebatan TGNA berbanding dengan Kepala Grombolan cop Keris Telanjang, beliau hanya sekadar berehat di Hospital jek ..

Tak perlu ke luar negara... wa tabik sama TGNA pemimpin yang zuhud..takbirrr..

kalau pemimpin Omno paling kokak Swiss dua minggu..







Berita Nik Aziz masuk Hospital

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk berehat.

Setiausaha Akbarnya, Fadli Shari berkata, pemimpin itu tiba pada jam 2 petang semalam[khamis] setelah dinasihatkan oleh doktor supaya menghabiskan cuti hujung minggu di hospital.

“Beliau tidak mengalami apa-apa masalah, sekadar berehat,” .

Terdahulu di sebelah pagi, Nik Aziz menghadiri majlis pecah tanah pembukaan Pavilion di Tunjung, dekat sini.SH

\

8/07/12

Ini bukti usaha menfitnah Nik Aziz GAGAL



Lagi usaha musuh politik Pas untuk memfitnah Nik Aziz kantoi. Saban hari musuh musuh Nik Aziz berusaha menjatuhkan kredibiliti serta ketokohan beliau dengan mencipta pelbagai tomohan serta fitnah yang meloyakan.

Hari ini terbongkar bongkar satu lagi modus operasi  pencacai  yang mengunakan taktik yang sama dengan mengedit gambar seolah olah Nik Aziz memegang peha wanita. Cuba lihat pada (gambar) teknik super impose mereka gagal kerana bukti pada gambar asal sebelah kanan membuktikan dan mengesahkan gambar Nik Aziz di sebelah kiri adalah palsu.

Malang sekali kebodohan pencacai dan penjilat ,sanggup mengalas dosa demi kepuasan dunia yang tak seberapa. Sikap suka membuat kerja fitnah yang tak masuk akal ini amat dikesali kerana selain menjatuhkan aib orang dia juga menampakan kelemahan parti Umno sendiri.


23/06/12

Letih Umno macam ini kalau cina pun dengar kuliah Tok Guru







A ha....

gitu sekali aysik mendengar kuliah TOK GURU...


Gambar ini di petik dari FB sahabat so saya tetarik dengan fhoto ini bila melihat seorang hamba Allah bergitu kusyuk duduk sambil bersila mendengar kuliah Nik Aziz.

Melihat kepada raut wajahnya seakan berbangsa Tionhua,maka dalam kepala otak saya dah tentu ia beragama buddha..tetapi saya berbaek sangka dengan nya ( kalau dia muslim saya mohon maaf).

Amat malang bagi setengah pengikut umno yang suka menghina serta memperlekeh ilmu Tok Guru, tidakah orang umno  malu melihat bagaimana seorang cina dengan tanpa segan silu duduk didepan sekali tanpa rasa takut dan malu hanya kerana NIK AZIZ ?

Satu tamparan hebat buat Umno  kerana isu kaum cina takut kepada Pas seakan sudah berakhir .Kalau dulu sebut pasal Parti Pas orang cina akan takut kerana propaganda media. Tetapi semenjak PRU 12 senario orang cina atau bangsa lain fhobia kepada Pas sudah berakhir.

Diharap momentum ini akan berterusan sampai bila bila..... .


nota kaki

** umno kelate lambat lagi la mu nak tawan kelante kalu mcm ni punya sokongan....



13/06/12

Benarkah ini Gambar NIK Aziz Bersanding ?

 
Tokoh ulama yang sering menjadi mangsa fitnah dari musuhnya.

(gambar A )Fhoto sanding original seorang yang bernama Nik Aziz kamil




Gambar (B)
Fhoto ini telah di fitnah(edit) mengambarkan ia adalah TGNA di zaman muda..




Dalam keghairahan untuk memaparkan berita kadang kala kita terlupa merenung nasib yang bakal lalui oleh kita di akhirat kelak.Tak terkecuali juga saya dan rakan rakan blogger yang lain diharap penulisan serta kupasan yang hendak kita sampaikan kepada pembaca biarlah tiada unsur unsur fitnah yang akan menjahanamkan kita kelak.

Hari ini saya sekali lagi bukan nak membodek TGNA..tetapi fitnah yang agak kertelaluan terhadap beliau dan saya anggap tak benar serta berniat jahat di Internet menyebabkan saya cari dan bongkar maklumat...

Akhirnya dapat juga saya merungkai masalah atau fitnah tersebut...,Cuba anda lihat gambar (A) itu adalah gambar asli persanding seorang yang bernama Nik Aziz Kamil...dan anda perhatikan pula gambar (B)... yang di edit dengan pelbagai fitnah kunun zaman Nik Aziz masa muda muda.Ternyata ia adalah dusta.

Hanya bersandar kepada nama Nik Aziz pada gambar( A)pencacai dan penfitnah dengan merasa tanpa bersalah atau berdosa menyenbar fitnah untuk kepentingan dan habuan dunia yang tak seberapa.Tunjangilah berita itu dengan akhlak dan peradaban yang telah digariskan didalam Al-Quran dan Sunnah.Berita yang belum pasti kebenarannya ,usah disebarkan kerana dibimbangi kelak akan melontarkan diri-mu ke neraka yang paling hebat seksaannya.

wallahualam.....

7/06/12

Tengok gambar Nik Aziz pengang aurat perempuan !!


gambar (1)


gambar (2)

Kesal dengan sikap manusia dimuka bumi Allah ini tidak takut pada dosa dan pahala dan selalu ingkar akan arahan dan larangan Allah s.w.t. Dengan sewenangnya menabur kata-kata kesat , menfitnah dan menghina para ulama serta hukum Allah itu sendiri. 

Kerana  keuntungan sedikit didunia yang fana mereka sanggup menempahan dosa untuk diri sendiri. Aku bukalah nak membodek sangat pada Nik Aziz tapi kalau di lihat pada gambar sungguh menampakan kebodohan manusia itu sendiri.

Kalau di tanya  100% aku tak mempercayai gambar yang disebar oleh cybertropper Umno ini yang sengaja mereka cipta untuk kerja bodoh mereka.Jadi untuk mengesahkan gambar itu betul betul fitnah  aku lampirkan gambar( 2 ) yang asli kemudian di potong gambar Haliry Clinton kemudian di paste gambar Tok Guru...,adakah anda percaya TGNA akan melakukan benda yang diharamkan oleh Allah?

Maka kita tidak hairan akan fitnah ini kerana fitnah sex, rasuah , menyalahgunaan kuasa dari pucuk sehingga ke bawah dalam parti Umno sudah sebati umpama  aur dengan tebing. Busuk sampai keusus kata Mahathir..




Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)


Firman Allah bermaksud:Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

25/04/12

Nik Aziz sedia disiasat SPRM


KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan bersedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, termasuk berkaitan urus tadbir syarikat Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB).
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata komitmen tersebut bagi menentukan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri itu.
"Saya sedia buka pintu 24jam untuk pihak berkenaan membuat siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Pengajian Islam (MPI) di sini, hari ini.  Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini, mengenai berapa pegawai dari SPRM hadir di pejabat AKSB di sini, Isnin lepas, untuk memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam syarikat pengurusan air tersebut.
Pegawai dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu dikatakan tiba pada pukul 10 pagi semasa mesyuarat Lembaga Pengarah AKSB yang dipengerusikan oleh Nik Aziz sedang berlangsung.

Pegawai SPRM itu dilaporkan berada di pejabat AKSB sehingga petang dan mengambil keterangan beberapa pegawai kanan syarikat itu sebelum pulang dengan membawa beberapa fail penting untuk membantu siasatan.

Laporan yang memetik sumber itu menyatakan SPRM bertindak menyiasat syarikat pengurusan air tersebut setelah menerima laporan yang dibuat oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam urus tadbir AKSB melibatkan kerugian berjumlah jutaan ringgit.
Nik Aziz yang juga Pengerusi AKSB, syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah dan melakukan penyelewengan mengurus tadbir AKSB.
Beliau mahukan penyiasatan kes yang dibuat ke atas kerajaan negeri itu dilakukan secara telus dan tidak berasaskan kepada desakan daripada mana-mana pihak untuk kepentingan tertentu.
Mursyidul Am PAS itu berkata, apa yang berlaku itu tidak akan menjejaskan kewibawaan parti itu terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.- Bernama

19/03/12

Kerjasama niaga dengan Yahudi:Jawapan Tok Guru Nik Aziz


NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

SUSULAN kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden Pas Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan Umno yang menyatakan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT. Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."

Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Adapun yang ditentang oleh Pas ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin. Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel. Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel. Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agar mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik Umno memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel. Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT:

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud: "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7
Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT. Inilah yang Pas lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh Pas di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?

Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila Umno bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALLAH SWT. Jika andainya dijemput oleh ALLAH SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal menghadap ALLAH SWT?


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan

8/03/12

Fhoto menarik & video TGNA dan Orang Asal



Seorang penduduk Orang Asli dari Pos Belatim, Gua Musang, Rosli Along memfailkan notis pemberhentian kes membabitkan dirinya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Plaintif terbabit diwakili peguam Roslan Mat Nor memberitahu anak guamnya mahu menarik balik saman terhadap kerajaan negeri membabitkan pembangunan tanah Ladang Rakyat di Hulu Nenggiri, Pos Belatim.

Prosiding tersebut berlangsung di hadapan Hakim Azman Abdullah. Hakim kemudian menetapkan 20 Mei hadapan bagi mendengar penghujahan pihak plaintif menarik balik saman yang difailkan sebelum ini.

Kerajaan negeri diwakil peguam Zainal Abidin Mustaffa dari Tetuan Zainal & Mariani Peguambela dan Peguamcara.

Tahun lepas tiga lelaki Orang Asli dari Pos Belatim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang kerajaan negeri melulus tanah kepada Perbadanan Ladang Rakyat untuk dibangunkan ladang read more




24/01/12

Ke tandas pun ada adabnya- Tuan Guru Nik Abdul Aziz




ISLAM mengajar adab tertentu mengenai qadha hajat dan istinjak. Orang Islam tidak melakukan qadha hajat dengan keadaan tidak ingat kepada peraturan dan adab-adabnya.

Pelbagai peraturan telah tersedia untuk kehidupan manusia agar menjadi insan berakhlak mulia.

Sejak bangun tidur sebelum fajar hingga ke waktu tidur semulapada malam berikutnya, setiap detik dilengkapi dengan peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh agama Islam, untuk mengawal kehidupan manusia agar mereka dalam keredaan Allah SWT.

Makhluk diciptakan berpasangan. Begitu juga tarafsesuatu tempat, ada yang dikategorikan sebagai tempat baik serta mulia. Ada tempat digolongkan sebaliknya, iaitu tempat yang hodoh dan tidak dihormati agama.

Kanan dan kiri mempunyai falsafahnya tersendiri. Islam mensifatkan di kalangan orang yang mendapat keredaan Allah SWT di akhirat dikenali sebagai ‘Ahlul Yamin’ (orang yang mendapat suratan di tangan kanan).

Sementara orang yang gagal mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT, disebut sebagai ‘Ahlus Syimal’ (Orang yang mendapat suratan di tangan kiri).

Nabi s.a.w. menyimpulkan bahawa ‘kanan’ sebagai lambang kebaikan, kejayaan dan keredaan Allah SWT. Sementara kiri pula sebagai lambang kejahatan, kegagalan dan kemurkaan Allah SWT.

Sesuai dengan kedudukan sesuatu tempat, maka sepasang kaki antara kanan dan kiri berperanan mengikut kesesuaiannya.

Tandas suatu tempat yang diperlukan, tetapi ia dianggap hodoh oleh agama, maka kaki kiri selayaknya untuk memulakan langkah masuk ke dalamnya, kaki kanan untuk melangkah keluar darinya.

Bagi tempat yang mulia seperti masjid, mushalla dan sebagainya, semestinya dikehendaki melangkah masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.

Demikian indahnya adab atau akhlak yang ditetapkan oleh syariat Islam, tujuannya untuk membina pekerti manusia walaupun dalam perkara yang kecil seperti qadha hajat.

Meskipun urusan qadha hajat dianggap remeh oleh segolongan manusia, mematuhi adab yang diajar oleh Nabi s.a.w. walaupun di tempat yang hodoh seperti tandas itu, pasti mendatangkan pahala kepada orang-orang beriman yang mentaati perintah Nabi s.a.w.

Tandas meskipun dibina dengan bahan yang mahal seperti marmar, jubin dan sebagainya, ia tidak menukar taraf jadi mulia dengan sebab materialnya yang bernilai tinggi.

Islam tidak menilai sesuatu binaan berdasarkan materialnya, sebaliknya berdasarkan taraf yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan manusia.

Masjid meskipun dibina hanya dengan batang pokok tamar dan beratapkan daun serta pelepahnya, sebagaimana masjid yang pertama kali dibina oleh Nabi s.a.w. di Kuba, ia tetap mulia kerana taraf masjid di sisi agama ialah sebagai ‘Rumah Allah.’

Di dalamnya tempat manusia sujud menyembah Allah SWT, serta melakukan pelbagai ibadah, zikrullah dan aktiviti-aktiviti lain dalam kemasyarakatan.

Tandas tetap dianggap tempat yang hodoh kerana di situ tempat manusia terpaksa dedahkan aurat kerana qadha hajat.

Sesungguhnya malaikat tidak berada di tempat manusia membuka auratnya, walaupun dalam situasi terpaksa.

Tandas menjadi tempat hodoh terbukti dengan larangan membawa ke dalamnya benda yang bertulis kalimah Allah dan Rasul-Nya. Jika membawa kalimah Allah ke dalam tandas pun terlarang, apatah lagi menyebut kalimah tersebut.

Justeru itu ketika keluar dari tandas disunatkan mengucapkan ‘Ghufranak’ yang bermaksud; memohon ampun kepada Allah SWT.

Apakah kesalahan dan dosa seseorang itu ketika berada dalam tandas, sehingga sebaik saja keluar lantas dianjurkan segera mohon ampun kepada Allah SWT?

Bagi insan bertakwa duduk dalam situasi terhalang daripada menyebut kalimah Allah SWT (zikrullah), ia adalah suatu pembaziran usia yang amat berharga itu.

Wajarlah baginya mohon ampun kepada Allah SWT, apabila terpaksa mensia-siakan detik usia yang dikurniakan kepadanya.

Wajar ikhtiar agar tidak terlalu lama berada di tempat yang hodoh itu.

Justeru itu Nabi s.a.w. mengajar cara duduk bertinggung dengan memberatkan ke kiri ketika qadha hajat, agar boleh mencepatkan proses keluar najis.

Dengan demikian dapat meringkaskan masa dan menjimatkan usia ketika berada di tandas. Bagi seorang mukmin dapat menunaikan qadha hajat dalam tempoh yang segera, adalah suatu nikmat yang wajar disyukuri.

Justeru sebaik saja seseorang itu keluar tandas mengucap ‘Ghufranak’. Kemudian disusuli dengan ucapan syukur kepada Allah SWT, yang dengan izin-Nya telah mengeluarkan sisa makanan dan minuman yang tersimpan dalam perut, jika tidak keluar pasti akan mendatangkan mudarat kepada diri.

Sebaik saja sisa makanan dalam bentuk najis keluar, ia adalah suatu nikmat yang tidak dapat digambarkan. Lebih besar nikmat qadha hajat itu terutama bagi mereka yang mengalami penyakit sembelit dan sukar membuang najis.

Alhamdulillah syukur kepada Tuhan yang telah menghilangkan penyakit melalui qadha hajat itu, malah telah mengekalkan zat dan pelbagai vitamin terdapat dalam makanan dan minuman, yang diperlukan oleh tubuh badan.

Segala intisari zat dan pelbagai vitamin itu untuk tenaga bagi melaksanakan ibadat sebagai hamba Allah, dan lain-lain kegiatan dan keperluan setiap insan yang berperanan dalam keluarga dan masyarakat.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud