ARTIKEL SEBELUM

2/10/13

Audit dunia bolehlah lepas tapi akhirat kata Nik Aziz:

 

"Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya," kata mursyidul am PAS .

Walaupun lepas di dunia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan, pihak yang melakukan kesalahan, seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2012, tetap tidak dapat melepas 'penghakiman' di akhirat.

Nik Aziz  berkata, "ketirisan berbilion ringgit wang rakyat" di sektor kerajaan itu akan terus berlaku selagi BN menjadi kerajaan.

"Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT," katanya.

Hari ini, saya membaca berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin. Sekali lagi menyaksikan ketirisan berbillion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan.

Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun, bayangkan jika ketirisan berbliion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat darinya?

Sayangnya, ketirisan ini bukan kali pertama berlaku. Ia akan terus berlaku selagi Umno/Barisan Nasional menjadi kerajaan. Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu ALLAH SWT.

Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia mustahil dapat mengawal manusia, mereka memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa yang Maha Hebat itu ialah ALLAH SWT.

Takutlah kepada ALLAH SWT. Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud