ARTIKEL SEBELUM

14/12/15

Abang-abang kami tuduh Pas IS

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR - ‎Pemuda Pas hari ini melahirkan kekesalan berhubung tuduhan bekas pimpinan Pas ke atas parti Islam itu.

Seorang pemimpin Pas sebelum ini dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan menuduh Pas merupakan parti politik yang mempunyai unsur IS.

Ketua Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tuduhan tersebut merupakan tuduhan yang sama pernah dilakukan parti kerajaan.

Bagaimanapun tuduhan tersebut digugurkan setelah Pas dipastikan tidak mengamalkan perjuangan bercirikan IS.

"Kita kesal.. Yang menuduh kami itu Pas dahulunya adalah abang-abang kami dalam Pas. Saya tak tahu kenapa jadi begitu," ulasnya menerusi sidang media di sini, semalam.

Nik Abduh dalam pada itu turut menjelaskan mengenai pertuduhan yang dihadapi Pas selama ini.

"Pas ini menghadapi dua tuduhan yang berat, ada yang kata Pas ini mengamalkan IS, kita tahu siapa pihak yang menuduh.

"Tuduhan kedua, orang anggap Pas ini terlalu bermudah dengan ideologi Barat. Ini merupakan tuduhan daripada orang 'berat' agama. Kita ini tengah-tengah, " katanya lagi.- SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud