ARTIKEL SEBELUM

1/08/14

Polis cari dalang sebar berita palsu tujuh kanak-kanak ditetak

SHAH ALAM - Polis Selangor sedang mencari dalang yang menyebar berita di media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandamaran, Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, berita itu adalah palsu dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu kerana menganggap ia boleh menjejaskan keharmonian awam.

"Pihak polis telah meneliti maklumat ini dan kes tersebut didapati tidak berlaku malah ia adalah palsu. Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain.

"Kita akan cari dalang yang sebarkan info sebegini untuk dikenakan tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengguna media sosial hari ini digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar kanak-kanak yang didakwa cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kafe siber. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud