ARTIKEL SEBELUM

4/02/14

DUN Perak bergelora...ADUN Hutan Melintang keluar PKR?

 

Sepucuk surat yang dikatakan ditulis oleh seorang ADUN PKR Perak kepada Speaker negeri menimbulkan spekulasi beliau keluar parti.

Surat bertarikh 2 Januari lalu itu ditandatangani oleh ADUN Hutan Melintang S Kesavan mengatakan beliau telah berhenti dari PKR kerana "hilang kepercayaan dengan pimpinan parti."

Surat ringkas itu mempunyai cop terima daripada pejabat speaker Perak. Bagaimanapun keasliannya masih tidak dapat dipastikan setakat ini.

Panggilan telefon dan SMS kepada Kesavan tidak dilayan. Bagaimanapun ADUN Teja dari PKR Chang Lih Kang menafikan perkara tersebut.

"Saya menelefon beliau (Kesavan) dan beliau menafikan perkara itu," Chang memberitahu Malaysiakini.

Chang menambah Kesavan kini sedang membuat persiapan perkahwinan beliau.

Speaker Perak SK Devamany juga tidak dapat dihubungi.

PKR mempunyai luma ADUN dari jumlah keseluruhan 28 ADUN Pakatan Rakyat. BN mempunyai 31 wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

 <



Ini kenyataan media dari Pengarah Komunikasi KEADILAN




Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil melalui satu kenyataan media menafikan berita berkenaan dengan mendakwa surat berkenaan adalah palsu.

"Perkara ini tidak benar... saya sahkan erita ini palsu.

"Beliau tidak keluar PKR, beliau masih setia bersama kita," katanya.

Assalamualaikum dan salam hormat,

KEADILAN telah menerima berita yang kononnya YB Kesavan A/L Subramaniam, ADUN Hutan Melintang, telah menghantar surat yang mengisytiharkan beliau keluar KEADILAN.

Setelah mendapat penjelasan daripada YB Kesavan, KEADILAN mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti.

YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut. Sekian, terima kasih.


Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Surat tersebut juga disahkan palsu oleh Ketua Srikandi KeAdilan Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail.

Menurutnya “Surat di sebelah atas ialah surat palsu yang dihantar ke pejabat SUK negeri Perak dengan niat khianat kepada YB Kesavan dan di bawah ialah surat rasmi bagi ADUN yang digunapakai untuk setiap urusan mereka.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud