ARTIKEL SEBELUM

4/02/14

[Gambar] ...dan Anwar Ibrahim sokong MB Selangor kedekut ?


Serangan bertubi-tubi oleh media pengampu umno/BN tak menjadi kudis pada Anwar Ibrahim serta PKR amnya buktinya semalam ribuan orang ramai hadir di Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang untuk mendengar penjelasan Anwar serta pelancaran jentera pilihanraya dun kajang oleh beliau.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam terus memberi jaminan bahawa peranan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor akan terus dikekalkan untuk menerajui pembangunan ekonomi di negeri itu.

"Usaha Khalid angkat ekonomi Selangor mesti dikekalkan kerana perubahan itu akan dikuti oleh pimpinan lain lain, yang penting kita menang dulu Dun Kajang.

Orang kata " Tan Sri khalid kedekut , " Tapi saya sokong dengan cara beliau " kerana kedekut beliau mahu menjaga harta dan wang rakyat dengan cermat ." Ujar Anwar semalam.

Pelancaran jentera Dun N25 Kajang oleh Anwar Ibrahim turut disiarkan secara langsung melalui Internet .


Dalam pada itu, Anwar menegaskan peletakan jawatan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh itu tidak mempunyai sebarang kaitan dan rundingan dengan beliau.

Katanya meskipun beliau mengakui menemui beliau dua jam sebelum surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh namun beliau menafikan ia mempunyai percaturan politik dalaman.

"Saya hanya temuinya 1 hingga 2 jam sebelum surat dia sampai kepada Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh, memang tindakan beliau tiada rundingan.

"Saya pertahankan imej, integriti dan hormat keputusan beliau, walaupun beliau ada bincangan dengan pimpinan lain, tapi beliau beri laluan kepada saya bertanding di Kajang," katanya lagi.

 


 
 


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud