ARTIKEL SEBELUM

18/09/12

'Politik Ganas' Makin Menular, Kereta Milik YDP PAS jadi mangsa khianat


 YDP Pas jadi mangsa khianat


PEKAN - Kejadian pecah cermin kereta selama dua hari berturut-turut di rumah Yang Dipertua Pas Kawasan Pekan menyebabkan beliau mengalami kerugian hampir RM2,000.

Mangsa, Abu Kassim Manaf berkata, kejadian pertama melibatkan kereta Proton Persona milik anak saudaranya yang dibaling tukul pada malam Jumaat lalu sebelum diikuti kejadian baling batu yang berlaku awal pagi kelmarin.

Menurutnya, kejadian pertama hanya disedari selepas mereka sekeluarga bangun pada pagi Sabtu dan melihat sebilah tukul berada dalam kereta disyaki dibaling suspek ketika dia sekeluarga sedang nyenyak tidur.

“Laporan polis dibuat pada Sabtu dan saya tidak menyangka kejadian sama berulang apabila cermin belakang kereta Kia Spectra milik saya pula menjadi mangsa.

“Kejadian berlaku pada awal pagi Sabtu iaitu kira-kira jam 1.10 pagi di mana saya dan lapan ahli keluarga lain sedang tidur namun dikejutkan bunyi kuat di bahagian dinding hadapan rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Abu Kassim berkata, berikutan bunyi kuat itu dia dan anaknya bergegas keluar rumah sebelum melihat kelibat seorang lelaki melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal dalam gelap.






“Kami tidak sempat mengejar suspek dan menjumpai dua ketul batu di tepi dan di sebelah dalam bahagian cermin belakang kereta yang pecah ketika meninjau keadaan sebenar.

“Selama hampir 10 tahun saya memegang jawatan ini, belum pernah kejadian seumpama ini atau ugutan diterima tetapi tidak menolak kemungkinan bahawa kes ini berpunca daripada perbuatan bermotifkan politik,” katanya.

Beliau membuat laporan polis kira-kira jam 1.30 pagi hari sama dan bersyukur kerana dia sekeluarga selamat dan menganggap kejadian ini sebagai ujian daripada ALLAH SWT.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud