ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label zaharin kuar pkr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zaharin kuar pkr. Papar semua catatan

20/06/10

Kami Mahu Bongkar Siapa Zahrain Sebenar ...


Oleh Nazar Hashim

BUKIT MERTAJAM 20 Jun - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembohong.

Menurut Amir AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri setelah melihat tindakan Zahrain yang disifatkan sebagai keterlaluan dan melampaui batas.

"Siapa Zahrain ini sebenarnya yang begitu celupar mulutnya untuk berkata sesuatu mengikut citarasa hatinya sahaja. Kami AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Kami akan membongkar siapa beliau sebenarnya dalam masa terdekat ini.

"Beliau jangan cuba hendak menjadi ayam sabung Umno, melalak tidak tentu haluan. Siapa yang menjadi lanun sebenarnya di Pulau Pinang sebelum ini akan kami bongkar kepada rakyat.

"Kita akan bongkar dan dedah kepada masyarakat siapa Zahrain sebelum ini.Kita akan perjelas kedudukan, fakta dan segala kemungkaran yang telah dilakukan semasa beliau menerajui dan menganggotai beberapa portfolio dan agensi negeri sebelum ini," kata Amir pada pertemuan membantah lesen judi sukan bola sepak di Perda baru hari ini.

Beliau juga menyelar ahli parlimen Bebas itu yang hanya berani untuk berkokok selepas tidak menganggotai KEADILAN lagi.

"Kenapa sebelum ini membisu seribu bahasa? Kenapa setelah tidak mendapat apa yang diingini maka berkokok sebagai ayam sabung siang dan malam? Kita tunggu dan lihat bagaimana pendedahan dan pembongkaran yang akan dilakukan oleh AMK Pulau Pinang bagi menyedarkan rakyat sikap sebenar ayam sabung Umno ini, " ujar beliau lagi.

suara keadilan

24/03/10

Zaharin - Saya tidak akan mintak maaf




"Minta maaf untuk apa? Saya hanya cerita apa yang Anwar cerita pada saya. Menurut Anwar, Kalabakan (Abdul Ghapur) antara nama yang disebut yang akan melompat.

"Niat saya hanya untuk cerita pada orang, kekecewaan saya pada parti (PKR) dan kenapa saya keluar parti, itu sahaja. Tiada niat untuk memperkecilkan beliau," kata Zaharin kepada pemberita di lobi Parlimen "

Datuk Zahrain bertegas tidak akan meminta maaf dan menarik balik kenyataannya yang menamakan ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh sebagai antara nama yang diumpan untuk lompat parti dalam rancangan 16 September 2008.

Beliau berkata tindakan meminta maaf dan menarik balik kenyataan adalah tidak relevan memandangkan beliau tidak berniat untuk memanjangkan isu 16 September itu atau mencemarkan nama ahli parlimen Kalabakan itu. msiakini berita terdahulu

13/02/10

Zahrain dilamar sertai komponen BN




Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim dialu-alukan untuk menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahrain merupakan bekas ketua Umno Bahagian Tanjong dan keluar parti itu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada September 1998.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, menyambut baik keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru itu untuk meninggalkan PKR dan berharap beliau akan menyertai BN.

“Kita berharap beliau akan dapat tarik rakan-rakannya yang lain yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan pakatan pembangkang di Pulau Pinang untuk keluar daripada parti itu,” kata beliau dipetik Bernama.

Sekiranya tidak berniat untuk menyertai BN, Zahrain boleh menjadi Ahli Parlimen Bebas yang “mesra BN”, kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan selepas merasmikan penubuhan Koperasi Bekas Tentera Malaysia Negeri Johor di Simpang Renggam, 71 kilometer dari sini hari ini.

Mengenai cadangan kerajaan negeri untuk melantik timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman sebagai pengerusi lembaga Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, beliau berkata pelantikan itu terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Pulau Pinang (MAIPP).

“Sesiapa yang bukan ahli Majlis Agama Pulau Pinang (Mansor) tidak ada hak untuk menjadi pengerusi pusat zakat itu dan hanya presiden majlis yang boleh menjadi pengerusi seperti kebiasaannya,” katanya. — Bernama

12/02/10

Zahrain keluar PKR, jadi MP bebas tetapi tak sokong BN




Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini.

Menurutnya, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak menyokong BN. - malaysia kini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud