Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) melahirkan rasa marahnya di Dewan Rakyat terhadap Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kerana menamakan beliau sebagai antara lapan wakil rakyat Barisan Nasional yang kononnya diumpan bagi menyertai rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada 16 Sept 2008.
"Saya sudah katakan saya tidak pernah diumpan, tidak pernah dipujuk dan tak pernah pergi Taiwan, bererti saya bukanlah golongan yang dipujuk untuk lompat. Jadi bererti umpan yang dibagi kepada rakan mungkin tidak cukup, jadi tidak lompat, umpan yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab dia lompat," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Abdul Ghapur mendesak Zahrain, supaya menarik balik kenyataan yang menamakan beliau antara yang diumpan untuk lompat parti serta meminta maaf kepadanya.
"Sekarang sudah jadi Bebas dan kemudian nanti mahu masuk Umno. Jangan terima orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia, dia boleh gigit ketua kita juga," katanya.
Abdul Ghapur mendesak Zahrain, supaya menarik balik kenyataan yang menamakan beliau antara yang diumpan untuk lompat parti serta meminta maaf kepadanya.
Abdul Ghapur berkata "Mungkin sekarang sudah gemuk, sudah kenyang, jadi macam-macam tohmahan, saya tidak tahu perjanjian dia dengan parti pembangkang, saya tidak tahu, saya bukan pernah di sana, tapi kenapa libatkan saya yang tidak ada dosa ini," katanya.
Abdul Ghapur turut menyatakan pendiriannya berhubung tindakan keluar parti.
"Saya kalau keluar parti, (adalah kerana) saya tidak percaya kepada pucuk pimpinan, bukan kerana dibeli. Ini penting, jangan bikin tohmahan yang bukan-bukan," katanya. B