ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label scopene. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label scopene. Papar semua catatan

25/07/11

Saya sedia hadapi saman Zahid Hamidi, kata Tony Pua

KUALA LUMPUR, 25 JULAI – Berani kerana benar. Ketua Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua bersedia menghadapi saman oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berhasrat mengheretnya ke mahkamah.

“Saya juga menunggu pegawai-pegawai Kementerian (Pertahanan) supaya memberi jawapan dan penjelasan di mahkamah nanti,” kata Pua kepada Roketkini berhubung laporan akhbar semalam bahawa Zahid mahu saman beliau jika terbukti berlaku penyelewengan fakta membabitkan Angkatan Tentera Malaysia di dalam buku terbaru Pua, “The Tiger That Lost Its Roar.”

Zahid dilaporkan berkata, pihak kementerian sedang meneliti fakta di dalam buku berkenaan dan menjelaskan bahawa “pembelian kapal selam Scorpene KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak merupakan pembelian yang telus.”

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata beliau tidak menyebut apa-apa berkaitan kapal selam Scorpene dalam bukunya.

“Menteri tidak tahu apa yang ada di dalam buku itu… Tuduh buta-buta saja,” katanya.

Pada 22 Julai lalu, peguam dari Perancis yang mengendalikan kes Scorpene, Willian Bourdon, telah dihalau keluar dari Malaysia oleh kerajaan Malaysia sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pada masa itu, Bourdon tiba dari Pulau Pinang setelah menghadiri jamuan makan malam amal untuk menjelaskan isu Scorpene yang dijangka dibawa ke mahkamah di Perancis.

Bourdon, ketika dihantar pulang ke Paris, sedang dalam sesi jelajah Malaysia dijemput oleh Suaram untuk menjelaskan kepada orang ramai berkaitan dakwaan skandal RM540 juta dengan sebuah syarikat Perancis DCNS berkaitan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada 2002. – Roketkini.com

Scopene : Hisham Dakwa Pengusiran Peguam Tiada Kaitan Politik


KUALA LUMPUR 25 JULAI : Kementerian Dalam Negeri mendakwa keputusan menghantar pulang peguam Perancis William Bourdon sehari selepas dia berucap berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion bukan bermotif politik.

Menterinya Hishammuddin Hussein berkata kes Bourdon bukan istimewa kerana "ramai yang dihantar balik setiap hari."
Hishamuddin mendakwa Boudain telah melanggar syarat visanya namun mengaku tidak mempunyai butiran spesifik berhubung penghantaran pulang warga Perancis itu.

Pmimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Imigresen menghantar balik Bourdon adalah untuk melindungi maklumat berhubung pembelian kapal selam Scopene yang berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah berkata Bourdain dan pihak berkuasa Peranchis bersabit pembayaran komisyen dan sogokan berhubung Scopene.

Peguam itu ditahan ketika tiba di Sepang dalam perjalanan dari Pulau Pinang pagi Jumaat lalu.

Najib adalah Menteri Pertahanan yang meluluskan pembelian dua kapal selam dari syarikat Perancis DCNS pada 2002. Sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan beliau, dilaporkan menerima bayaran lebih RM500 juta atas urusan tersebut.

Altantuya dikatakan membantu Razak menguruskan transaksi berkenaan namun dijumpai mati dibom pada Oktober 2006 di Puncak Alam Selangor.

Pada Disember 2009, Suaram memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta diberikan maklumat berkaitan dengan kontrak yang ditandatangani oleh Perimekar Sdn Bhd yang dikawal oleh Razak dan maklumat-maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis bersetuju menyiasat dakwaan DCNS membayar RM540 juta kepada Perimekar sebagai sogokan serta bayaran lain yang dibuat kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia yang lain

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud