ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label judi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label judi. Papar semua catatan

14/06/10

Kerana bimbang dilabel anak derhaka !!

hiasan

PUTRAJAYA: Bimbang dilabel anak derhaka mendorong seorang gadis sunti berusia 15 tahun menebalkan muka ke sebuah premis perjudian haram di Shah Alam, dekat sini, bagi membeli nombor ekor dan tikam kuda yang dipesan ibunya dipercayai tahi judi, kelmarin.


Sebelum itu gadis terbabit yang tidak menyedari kehadiran penguat kuasa Jais dikatakan berpura-pura mahu membeli barang di premis itu yang turut menjual barangan runcit sebelum menegur ‘penjaga’ kedai untuk membeli nombor ekor atau kuda dipesan ibunya dengan harga RM2 setiap satu, kira-kira jam 6 petang.

Tembelang si ibu terbongkar apabila anaknya mendakwa beberapa kali ke premis itu untuk membeli nombor ekor dan tikam judi diminta ibu yang tinggal berdekatan.


Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, penguat kuasa Jais kemudian ke rumah gadis terbabit dan bersemuka dengan ibunya yang bermati-matian menafikan menyuruh anaknya membeli nombor ekor terbabit.

“Penipuan suri rumah itu terbongkar apabila kakak gadis itu yang kebetulan ada di rumah menyuarakan rasa kurang senang kerana adiknya lambat pulang dari kedai dan mendapati dia membeli nombor ekor dan tikam kuda,” katanya.

8/05/10

Umno Bingung - Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

"Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?" katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

"Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

"Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.

"Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah," katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

"Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat," katanya.








haram tetap haram

7/05/10

Apa Cerite Tok Mufti Perak takan diam jek...kami nak tau juga







Salam Tok Muftiku tolong bercakap sikit jangan jadi bisu mengenai cadangan judi oleh menteri umno yang beragama islam ini, iaitu satu cadangan untuk mengeluarkan lesen perjudian semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Alasan kerajaan UMNO jika tidak mengeluarkan lesen judi kepada pihak yang memohon, maka aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Mintak Tok Mufti bagi sikit Fatwa dan Tazkirah pada kami rakyat yang dahaga ilmu dari Tok mufti jangan jadi orang bisu , tegur dan nasihatkan lah menteri ini walaupun pahit untuk ditelan..jangan nampak kuman diseberang sedangkan gajah depan mata Tok Mufti tak berani tegur,

Sebab muktakhir ini bila puak pembangkang diprovok oleh media gila kerajaan tentang isu berkait dengan agama dengan sepantas kilat Tok Mufti memberi pandangan dan teguran walau pun tak tau hujung pangkal ceritanya...tolonglah beri penjelasan kepada kami apakah hukum dalam isu ini, kerana rakyat nak dengar ulasan dari sohibusamaha tuan mufti..adakah
Halal , haram atau HARUSS ......


Inilah budaya kerajaan Umno tak kira haram atau halal alasannya mereka negara ini masyarakat majmuk ramai orang bukan islam kita kena toleransi...cis...


Tag line baru kerajaan Malaysia
"menghalalkan yang haram, demi keuntungan".
JANJI MASYUK



awang adek pencetus idea lesen judi FIFA 2010






yang ini semua tau halal kerana ada lesen ...judi yang Haram ialah yang bawah pokok kerana tiada lesen


sumber cerita

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia
Mei 6, 10
5:56pm

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.


Bernama

23/04/10

UMNO PEWARIS PERJUDIAN NEGARA ?





FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH MAIDAH AYAT 90






Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.


信道的人 們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。

ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.
(5:90)

Daripada firman Allah di atas ciri kedua yang menjadi amalan syaitan ialah perjudian. Dari sekecil-kecil bentuk perjudian sehinggalah kepada bentuk paling besar gedung perjudian adalah diharamkan dalam Islam. Tetapi inilah yang diwarisi oleh pemimpin-pemimpin UMNO (rujuk senarai pemilik saham judi)

Berikut adalah senarai pembabitan pemimpin Umno dulu dan sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini:


Saham dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:


~Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj memiliki 1,900,000.

~Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari memiliki saham sebanyak 40,843 dan 6,666 saham dalam Magnum 4D.

~Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman memiliki 1,666,666 saham.

~Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib memiliki 680,334 saham.


Saham dalam Genting Berhad

~Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

~Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin.

~Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

~Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Saham dalam Sports Toto


~Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.

~Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto.

~Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.


Dipetik daripada buku ‘Malaysia, Darul Kasino’ oleh Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud