Salam Tok Muftiku tolong bercakap sikit jangan jadi bisu mengenai cadangan judi oleh menteri umno yang beragama islam ini, iaitu satu cadangan untuk mengeluarkan lesen perjudian semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.
Alasan kerajaan UMNO jika tidak mengeluarkan lesen judi kepada pihak yang memohon, maka aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
Mintak Tok Mufti bagi sikit Fatwa dan Tazkirah pada kami rakyat yang dahaga ilmu dari Tok mufti jangan jadi orang bisu , tegur dan nasihatkan lah menteri ini walaupun pahit untuk ditelan..jangan nampak kuman diseberang sedangkan gajah depan mata Tok Mufti tak berani tegur,
Sebab muktakhir ini bila puak pembangkang diprovok oleh media gila kerajaan tentang isu berkait dengan agama dengan sepantas kilat Tok Mufti memberi pandangan dan teguran walau pun tak tau hujung pangkal ceritanya...tolonglah beri penjelasan kepada kami apakah hukum dalam isu ini, kerana rakyat nak dengar ulasan dari sohibusamaha tuan mufti..adakah Halal , haram atau HARUSS ......

Inilah budaya kerajaan Umno tak kira haram atau halal alasannya mereka negara ini masyarakat majmuk ramai orang bukan islam kita kena toleransi...cis...
Tag line baru kerajaan Malaysia
"menghalalkan yang haram, demi keuntungan".
JANJI MASYUK
awang adek pencetus idea lesen judi FIFA 2010
yang ini semua tau halal kerana ada lesen ...judi yang Haram ialah yang bawah pokok kerana tiada lesen
sumber ceritaMei 6, 10
Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia
5:56pm
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.
Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.
Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.
"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.
"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.
Bernama