ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label AMANAT HAJI HADI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AMANAT HAJI HADI. Papar semua catatan

4/01/13

Ini dia FATWA baru masuk....



Fatwa dari gang Syaitan Yang di kenali....

BenggonggGG betui ....bodoh sampai ke usus ....kikiki..,Woi..!! kalau DAP Kapir Harbi aku nak tanya dekat hang pa macai macai semua.. MCA tu ketogeri kafir apa jadah pulak ....? adakah MCA tu parti muslim semalaysia ha ha ha..


Adakah halal bagi kita menyokong Umno yang bersenkongkol; dengan MCA harbi ??


Dengar sini molek molek....
Jika Umno tak bersama  dengan MCA pun patut orang islam pulaukan Umno... kenapa anda  mesti  tolak umno ,sebab parti ini mengamalkan  politik suku agama suku .Terang dan jelas Umno  menolak sebahagian hukum dan mencapur urusan agama untuk kepentingan temolok mereka.
Wajar umat islam tolak kerana Umno berpegang pada ajaran sekular....batuvkayu


ha ha ha ha

3/01/13

Nah !! Ni dia Amanat Songsang ularmak Umno ..





Telajak perahu boleh diundur...


jika tersalah tulis boleh di delete tapi..


Telajak kata apa macam  boleh diundur ke..??



Ok la ini ada koleksi kata kata pujangga dari pemimpin melayu tersohor abad ini mengenai islam [gambar], jika mereka mereka menuduh amanat Hj Hadi sebagai sesat, maka nah !! ambik  ni dia amanat yang molek bagi minda macai macai Umno dari Al Fadhil Hj Mahathir Muhamad.


Apa macam antara cakap cakap HJ Hadi 31 tahun dulu dengan cakap cakap Hj Mahathir ini agak agak Hang Pa mana yg elok dan mana yang sesat..

Tepuk dada tanya iman...





Mana dia Tuan Mufti...?

Mana dia ahli ulamaakk Umno !!

Mana dia pencacai pencacai Umno...

Mana JAKIM.....!!!!! - batuvskayu


30/12/12

Amanat: TV1, TV3 wajar sahut hasrat Presiden PAS

 


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berbentuk permintaan dan harapan agar diberikan ruang untuk muncul sejam di TV1 dan TV3.

Ini bagi menjelaskan segala isu yang berbangkit daripada apa yang disebut-sebut oleh ramai pihak khususnya dimainkan oleh media proksi BN sebagai “Amanat Haji Hadi”.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, DMPP melihat bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan bertanggungjawab.

“Pendirian dan sikap ini juga secara tidak langsung membuktikan kepada kita semua bahawa Presiden PAS adalah di pihak yang benar, selari dengan pepatah Melayu ‘berani kerana benar’,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, laporan Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa Presiden PAS terus membisu daripada memberi respons terhadap isu itu juga barang kali sudah sampai ‘buku bertemu ruas’ dan sepatutnya pihak media proksi BN dan Umno seperti TV1, TV3 dan Utusan menerima perkembangan ini ibarat ‘orang mengantuk disorongkan bantal’.

“Kami yakin dan percaya bahawa ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pihak khususnya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan parti politik untuk mendengar sendiri penjelasan daripada YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” ujarnya.

Justeru itu, katanya DMPP mendesak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab ke atas TV1 dan seterusnya pihak Media Prima yang bertanggungjawab ke atas TV3 segera menyahut ‘permintaan’ Presiden PAS yang dikira cukup gentleman itu.

Katanya, keupayaan dan kesungguhan kedua-dua pihak terbabit iaitu TV1 dan TV3 bagi memenuhi permintaan Presiden PAS ini juga akan menjadi tanda aras bahawa kedua-dua pihak berkenaan siap untuk memberi laluan kepada pimpinan utama daripada parti politik selain daripada pihak BN.

“Kita semua tahu TV1 dan TV3 sangat ghairah memainkan isu ini, maka ini adalah peluangnya mereka menunjukkan keberanian mereka pula. Jangan hanya berani ‘lontar batu sembunyi tangan’.

“Bertanggungjawablah dengan apa yang telah kalian laporkan secara fitnah, adu domba dan sangat berniat jahat,” katanya. - harakahdaily

 

29/12/12

Amanat Haji Hadi ~ NI dia Hadi Awang dah bersuara






"Beri saya 1jam secara live di TV1 dan TV3, Saya akan menjawab isu 'Amanat Hadi'."

ADA BERANI KA UMNO..

JANGAN..

PONG PANG PONG PANG DALAM TV MELALAK SYOK SENDIRI. 

KALAU UMNO ADA TELOR BAGI LA RUANG  

PADA  HAJI HADI . 

UNTUK MENJAWAP TOMAHAN SERTA FITNAH  KAFIR MENGKAFIR INI.


 Pistttt..


MACAM MANA DENGAN AMANAT MAHATHIR, AMANAT ABDULLAH BADAWI dan AMANAT NAJIB YANG TERANG TERANG HINA ISLAM???



BAWAH SALAH SATU CONTOH HINA ISLAM.

19/12/12

Baruku tau Rupernya Mufti Perak Ngigau di siang hari ?

Satu fail yang sudah usang dan lapuk tiba tiba di buka oleh Mufti Perak.Apa gerangan beliau berbuat demikian sudah diketahui umum.

Ada sahabat aku kata ini gimik atau bahan kempen Umno menjelang pilihan raya yang akan menjelang tak lama lagi. dan sahabat aku kata lagi Harussani seperti seorang tua yang baru terjaga dari tidur yang panjang...

31 tahun bukan satu masa yang pendek..tetapi kenapa tetiba dia buka fail lama ini?cuba kita renungkan balik dalam masa 31 tahun dimana duduknya majlis fatwa negara? adakah majlis fatwa negara juga tertidur atau makan gaji buta sehinggakan HJ Hadi masih bebas sampai kehari ini..kalau dia menyesatkan dengan fatwa sepatutnya dia dah lama kena berkas seperti pengasas Al Arqam atau di buru seperti Ayah Pin.

Bila diajak berdebat isu kafir mengkafir sedikit masa dulu puak puak ini menggunakan alasan titah yang di Pertuan Agong untuk membantalkan debat ini disaat akhir  dan kalau sesaudara masih ingat.. bila mana TV akan mengadakan lintas langsung pada masa itu.


Ngigau betui Mufti Perak ini !!! Mufti ni tak payah nak bersuluh memang dah terang dia ni memang suku sakat Umno......

di bawah ada lampiran keratan akhbar talibarut Umno , kesemunya membawa tajuk yang sama pasai Amanat Hj Hadi yang telah berkulat ini dengan tujuan untuk dimomokan pada orang melayu kerana orang melayu mereka memang sensetif bab Agama Raja dan Bangsa.

Maka itu sebab isu ini dikitar semula oleh melayu terdesak dari parti Umno.~ batuvskayu


 ************************************************************

SAY BYE BYE TO UMNO/BN




  



Di Petik dari FB TGNA

'Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS menarik balik apa yang didakwa sebagai 'Amanat Haji Hadi'. Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti. Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam. Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti. Jangan jual harga mufti dengan murah...."


 



 









18/12/12

Mufti jangan campuri politik ~


 Harun Taib




 SHAH ALAM - Mufti-mufti dinasihat agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Menurut Harun, Abdul Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu.

“Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.

Amanat Abdul Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan Abdul Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.

Sinarharian.com 

Alamat besar Pembubaran parlimen sudah muncul !!

 


Hari ini satu alamat besar telah muncul tentang berlaku pembubaran parlimen.Jika dalam agama islam selalu kita belajar tentang alamat kecil atau alamat besar bila akan berlakunya kiamat .Maka hari ini tanda tanda besar berlakunya pembubaran parlimen telah muncul.

Hari ini saya terkejut bila tiba tiba dua mufti  membuka balik cerita lapuk dimana dua orang mufti iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.


Pelik saya memikirkan kenapa isu amanat Haji Hadi tiba tiba boleh muncul tak kala semua orang sudah melupakan tentang amanat ini. Kedatangan dua mufti berjumpa dengan Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan di PWTC  pun menjadi tanda tanya  dan misteri? seperti ada sesuatu agenda  yang tersembunyi.


Saya yakin  semua orang terutama generasi baru telah melupakan amanat ini dan tak mengambil kisah pun tentang amanat ini .Tetapi hari ini isu ini sengaja ditimbulkan kembali melalui Mufti  seolah olah ada satu agenda yang tersembunyi yang cuba di bangkitkan oleh Umno dengan memperkudakan kedua dua mufti.

Terus terang  dengan tanpa berselindung saya mengatakan Mufti Perak ini cakap tak serupa bikin. Baru semalam ada terbaca kenyataan beliau didalam satu akhbar[gambar] konun beliau  tidak cenderung dengan mana mana parti politik atau badan NGO.

Tetapi hari ini beliau dengan egonya melangkah ke PWTC berjumpa dengan ketua Penerangan Umno untuk bercakap pasai Amanat yang sudah basi  isunya .Kenapa dia menjadi jurucakap Umno sedang mulutnya berkata tidak mahu bersekongkol dengan mana mana parti politik. Pelik pelik !! saya memikirkan bila mana mufti ini  duduk semeja bersama Ketua penerangan Umno di PWTC bercakap dan  menyerang Haji Hadi  atau Pas.

"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak.

Sebagai seorang yang berilmu adakah dia  lupa  tentang perkara perkara yang boleh membatalkan syahadah? Saya tak kata Umno ...tapi untuk semua  yang bergama islam kena tau apakah  perbuatan atau tingkah laku yang boleh membawa tergelincirnya akidah manusia.

Sebenarnya, dalam ucapan Haji Hadi di Banggol Peradong, Kuala Terenggan pada 1981 yang dimomokkan sebagai amanat oleh UMNO, Haji Hadi hanya tolong menyampaikan maksud beberapa Ayat al-Quran, antaranya Ayat 44 - 49 daripada Surah al-Maidah yang membawa maksud bahawa "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu kafir (44), zalim (45), fasiq (47).

Oleh sebab kerajaan UMNO tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, tetapi berhukum dengan hukum yang direka cipta oleh manusia [sekular], maka UMNO yang  terasa pedasnya akibat sindiran dari ayat itu.

Kesimpulannya, bukan Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO, tetapi Haji Hadi hanya menyampaikan mesej al-Quran.Dengan kata lain, Ayat ayat Allah SWT yang mengecap manusia itu sama ada kafir atau zalim atau paling minimum, fasiq.

Maka isunya disini kenapa Umno terdesak memangggil kedua orang mufti ini ke PWTC hanya untuk bercakap dan menghidupkan kembali tentang AMANAT HAJI HADI ?tak lain tak bukan hanya untuk menjadi senjata pilihan raya untuk Umno.

Saya jamin media talibarut Umno akan memainkan isu AMANAT HAJI Hadi yang telah di lontak oleh dua mufti ini semaksimun yang boleh mulai dari hari ini sehingga ke tarikh mengundi.

Umno sebenarnya ketandusan isu untuk menyerang Pas maka Amanat ini di hidupkan kembali untuk dimomokkan kepada pengundi melayu.~ ayuh kita tolak sekular





posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud