ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label AES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AES. Papar semua catatan

19/12/12

Satu lagi Petanda besar parlimen akan dibubar ?




Peguam Negara arah gantung kes saman AES


Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.

Dalam satu kenyataan semalam, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

"Bagaimanapun, ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain, maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan sehingga kebimbangan tersebut ditangani.

"Satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang mengenai isu berkenaan," tambahnya.

Mengenai empat kes saman yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan, semuanya akan dikaji semula dan akan didaftar semula jika pendakwaan perlu dibuat.







K'jaan akan tarik balik saman AES?



Perkembangan terkini mungkin membawa kepada penarikan balik saman trafik yang dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), dengan kes-kes ditarik balik di sekurang-kurangnya dua mahkamah sejak semalam.

NONE
Menurut penasihat undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff(kanan), ianya benar-benar berlaku sejak semalam tetapi peguam badan tersebut tidak dapat menghadiri kes-kes berkenaan.

"Tetapi hari ini saya diberitahu bahawa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pegawai (Jabatan Pengangkutan Jalan) mengambil balik saman AES saman daripada responden dan minta mereka pulang ke rumah. Kes mereka tidak didengar di mahkamah."

Beliau juga menceritakan bagaimana dua kes yang dikendalikannya hari ini serta lapan lagi kes yang dijadual didengar esok dan pada hari Jumaat, telah ditangguhkan selama sebulan oleh DPP berkenaan  kerana 'dokumentasi tidak lengkap'.

Apabila beliau membangkitkan perkara penarikan balik saman tersebut serta penangguhan kes berkenaan dengan DPP yang mengendalikan kes-kes AES di mahkamah Kuala Lumpur, Zulhazmi berkata pihak pendakwa hanya mengatakan ada "masalah teknikal".

Zulhazmi juga berkata seorang responden yang kesnya dijadual didengar di mahkamah di Putrajaya hari ini, berkata semua responden dilepaskan tanpa dibebaskan selepas DPP menarik balik kes itu selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.


17/10/12

Kalau anda tak setuju ,Moh kita bantah !!

 




Himpunan rakyat membantah pelaksanaan  sistem AES [Automated Enforcement System] akan diadakan di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh, Perak bermula 10 pagi ini,Jadi kepada semua lapisan rakyat yang perihatin, tanpa kira pegangan parti ayuh kita bersama berganding bahu menetang perlaksanaan sistem ini supaya hentikan segera.






Menurut sumber “Dianggarkan RM5 bilion dari ‘saku rakyat’ masuk ke poket kerajaan dan syarikat yang mengendalikan sistem ini sejak mula dilaksanakan pada 23 September lalu, seramai 63,558 rakyat disaman dalam masa lapan hari pelaksanaan AES di 14 kawasan menggunakan 831 kamera.

Janji dicapati rakyat ditekan dan kroni didahulukan itu kehendak kerajaan mencari wang secara mudah untuk katung penbendaharaan negara.Moh kita turun beramai ramai ke Ipoh pagi ini bagi yang berkesempatan menandakan anda memprotes  dengan bersatu padu tanpa mengira anuti fahaman dengan menentang sistem ini yang dilihat bukan mahu mendidik  tetapi dilihat lebih kepada menjurus memeras wang rakyat melalui jalan mudah oleh kroni yang dilantik oleh penguasa BN.

Ayuh turun jagan tak turun..... 





AES: Pakatan semak semula jika tawan Putrajaya


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat berpendirian akan menyemak serta mengkaji semula pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan raya Umum yang akan datang.

Berkata pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain semakan semula pelaksanaan AES, Pakatan akan turut membuat semakan kepada perjanjian antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarikat yang melaksanakannya.

"Jika kita mengambil alih Putrajaya nanti, kita akan membuat semakan serta kajian semula terhadap perlaksanaan AES.

"Apa yang kita lihat sekarang AES ini bukan sahaja telah membebankan rakyat serta untuk mengaut keuntungan tetapi juga lokasi-lokasi pemasangan AES ini turut meragukan," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya lagi, isi kandungan perjanjian juga turut menjadi isu utama semakan tersebut, ini bagi memastikan tidak wujud unsur-unsur keuntungan mahupun perkara yang boleh membebankan rakyat.

"Kita akan semak semuanya, begitu juga dengan kadar had laju sekarang sama ada masih sesuai ataupun tidak.

"Ini adalah kerana teknologi kelajuan sesebuah kereta itu telah meningkat dan ia sudah jauh bezanya sejak dari awal hadlaju itu ditetapkan," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut berpendapat pelaksanaan AES ini bersifat meragut hak rakyat.

"Kita menyokong apa yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat dalam pelaksanaan AES ini dan ia perlu dipertimbangkan semula

"Pelaksanaan AES ini hanyalah bersifat meraih keuntungan dengan cara meragut wang dari poket rakyat," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau berpendapat kerajaan perlu mengadakan rundingan sebelum pelaksanaan AES dilaksanakan.

"Rakyat tidak berpuashati dengan pelaksanaan ini, mereka menyifatkan ia bukannya untuk mengurangkan kemalangan tetapi lebih kepada mencari keuntungan," sambung beliau lagi

Untuk makluman, AES adalah satu sistem yang dinaiktaraf dan beroperasi selama 24 jam sehari untuk merakam kesalahan hadlaju dan juga di persimpangan lampu isyarat.- harakahdaily.com

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud