ARTIKEL SEBELUM

19/12/12

Satu lagi Petanda besar parlimen akan dibubar ?




Peguam Negara arah gantung kes saman AES


Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.

Dalam satu kenyataan semalam, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

"Bagaimanapun, ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain, maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan sehingga kebimbangan tersebut ditangani.

"Satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang mengenai isu berkenaan," tambahnya.

Mengenai empat kes saman yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan, semuanya akan dikaji semula dan akan didaftar semula jika pendakwaan perlu dibuat.







K'jaan akan tarik balik saman AES?



Perkembangan terkini mungkin membawa kepada penarikan balik saman trafik yang dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), dengan kes-kes ditarik balik di sekurang-kurangnya dua mahkamah sejak semalam.

NONE
Menurut penasihat undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff(kanan), ianya benar-benar berlaku sejak semalam tetapi peguam badan tersebut tidak dapat menghadiri kes-kes berkenaan.

"Tetapi hari ini saya diberitahu bahawa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pegawai (Jabatan Pengangkutan Jalan) mengambil balik saman AES saman daripada responden dan minta mereka pulang ke rumah. Kes mereka tidak didengar di mahkamah."

Beliau juga menceritakan bagaimana dua kes yang dikendalikannya hari ini serta lapan lagi kes yang dijadual didengar esok dan pada hari Jumaat, telah ditangguhkan selama sebulan oleh DPP berkenaan  kerana 'dokumentasi tidak lengkap'.

Apabila beliau membangkitkan perkara penarikan balik saman tersebut serta penangguhan kes berkenaan dengan DPP yang mengendalikan kes-kes AES di mahkamah Kuala Lumpur, Zulhazmi berkata pihak pendakwa hanya mengatakan ada "masalah teknikal".

Zulhazmi juga berkata seorang responden yang kesnya dijadual didengar di mahkamah di Putrajaya hari ini, berkata semua responden dilepaskan tanpa dibebaskan selepas DPP menarik balik kes itu selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud