ARTIKEL SEBELUM

30/03/16

Mahu media arus perdana henti serang Guan Eng

SHAH ALAM - Media arus perdana diminta menghentikan segera 'serangan' keterlaluan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu banglo yang dibangkitkan sejak pertengahan bulan ini.

Bekas Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) sebuah akhbar tempatan, Amran Ahmad berkata,

serangan bertalu-talu, keterlaluan dan setiap hari itu bukan sahaja membuatkan rakyat muak dengan berita sama malah turut mencalarkan lagi aspek kebebasan media di negara ini.

Mengulas perkara sama, Amran turut mempersoalkan kewajaran dan keadilan dalam liputan oleh media-media arus perdana yang 'menyerang' Guan Eng setiap hari padahal siasatan baru bermula.

"Media arus perdana di Malaysia yang diketahui tidak bebas dengan dikuasai oleh parti pemerintah terus dicengkam dengan Umno dan Barisan Nasional yang mengambil peluang 'menghentam' Guan Eng selaku pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Amran berkata, sebagai pendokong isu-isu yang diperjuangkan oleh kesatuan sekerja di negara ini terutama kebebasan media, pihaknya melihat serangan ke atas Guan Eng secara keterlaluan ini diusahakan untuk mencipta sentimen negatif terhadap Guan Eng yang belum pasti dibuktikan bersalah.

"Perbicaraan menerusi media dengan hukuman telah dijatuhkan menerusi penciptaan persepsi negatif di kalangan pembaca walaupun belum ada keputusan secara adil adalah sesuatu yang tidak sihat," ujar beliau lagi.

Sebagai bekas wartawan Utusan, beliau memahami modus operandi media-media arus perdana di negara ini yang menyedia serta menyiarkan berita-berita yang memihak kepada pemilik syarikat, namun, keadaan seharusnya berubah dan diperbaiki dari semasa ke semasa agar pembaca mendapat maklumat yang betul

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud