ARTIKEL SEBELUM

29/03/16

Guna mercun letup mesin deposit tunai..

Guna mercun letup mesin deposit tunai



BAYAN BARU - Sebuah bank yang terletak di kawasan agak sunyi di Pantai Jerjak nyaris mengalami kerugian apabila sebuah mesin deposit tunai diletupkan menggunakan mercun buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, kejadian kira-kira jam 3.45 pagi tadi itu disedari penduduk di kawasan perumahan itu yang terkejut mendengar letupan kuat dan kemudiannya menghubungi polis.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, terdapat taburan pasir dihadapan pintu masuk dan juga kawasan hadapan mesin deposit tunai bank berkenaan.

"Polis turut menjumpai sekeping besi penutup mesin deposit tunai yang tercabut dipercayai terkena bahan letupan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, suspek menggunakan sejenis bahan letupan yang dipercayai mercun buatan sendiri jenama pipe bom.

"Kita sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek berseorangan yang menaiki motosikal itu memasuki kawasan bank berkenaan lalu meletakkan sebuah kotak di salah sebuah mesin deposit tunai. Selepas beberapa saat, berlaku letupan menyebabkan pintu dan penutup mesin deposit tunai tercabut," katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun gagal memecahkan mesin berkenaan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud