10/03/16

Ahli Perkasa Bakar, Gunting Kad Keahlian


kad perkasa

KUALA LUMPUR – Marah dengan tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang dikatakan menyokong gerakan parti DAP kerana mahu menjaga kepentingan peribadi, sebilangan besar ahli dilihat mengambil pendekatan untuk meninggalkan pertubuhan itu.

Tinjaun SuaraTV di laman-laman media sosial mendapati rata-rata ahli yang tidak berpuas hati itu dilihat membakar dan mengunting kad keahlian Perkasa sebagai tanda protes.

“Baru selesaikan tanggungjawab aku (dengan) membakar kad keahlian PERKASA (kerana) semangat Islam dan Melayu bukan terletak pada kad keahlian” ujar Raouf Mokhtar

“Bodohlah aku sekiranya masih terus menyokong Perkasa yang sekarang sanggup untuk duduk semeja dengan DAPig… Puiiihhhh..” kata Ahmad Baktiar.

“Kesian melihat rakan-rakan yang masih berada di dalam Perkasa yang suatu ketika dahulu bukan main hebat membela nasib Melayu dan Islam namun akhirnya terjelepok dalam keadaan politik sekarang. Perjuangan Melayu Islam sudah tak ada kepentingan lagi dalam agenda mereka,” luah Saiful Carlos Nizam pula.

“Selagi pemimpin seperti Ibrahim Ali, Abu Bakar Yahya dan Syed Hasan berada dalam pimpinan Perkasa, maka Perkasa sudah tidak relevan bagi perjuangan bangsa Melayu, agama Islam dan negara,” kata Syed Rosli Syed Harman Jamalullail menerusi status yang dimuatnaik di Facebooknya, beberapa jam lalu.

Rata-rata pelayar Facebook juga turut dilaht bersetuju dengan langkah yang diambil sebahagian ahli Perkasa itu sambil menyifatkan ia sebagai tindakan yang wajar dilakukan bagi mengajar kepimpinan yang sudah lupa tujuan asal Perkasa.

Terdahulu Perkasa negeri Kedah turut dikatakan terkubur apabila majoriti pimpinan negeri dan kawasan parlimen mengumumkan meletakkan jawatan secara beramai-ramai.

Menurut Yang Dipertua Perkasa Kedah, Datuk Mohd Yusuf Ismail keputusan itu diambil ekoran tindakan bekas ahli parlimen Pasir Mas selaku Presiden yang tersasar dari matlamat asal penubuhannya. – SuaraTV