Seorang peniaga ditahan di Kluang semalam kerana menghina polis menerusi Facebook.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata wanita berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Seri Impian, Johor Baharu.
"Wanita itu memuat naik kenyataan dengan mendakwa pihak polis memukul anaknya dan meminta wang daripada anaknya.
"Perbuatan wanita ini menimbulkan persepsi buruk orang awam terhadap pihak polis," katanya menerusi kenyataan Jumaat.
Beliau berkata anak wanita itu ditahan pada 29 Nov lepas kerana memiliki motosikal curi dan kes itu sedang dibicarakan di mahkamah.
Mohamad berkata wanita tersebut kini direman selama tiga hari.
- Bernama