ARTIKEL SEBELUM

23/12/15

Kanak-kanak dipercayai diseret buaya



Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun hilang selepas dipercayai diserang buaya di sungai Kampung Bungin, Spaoh, Betong kira-kira 300km dari Kuching petang semalam.

Jurucakap bomba dalam satu kenyataan malam tadi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan Fakhrul Dahari, pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bungin, pada kira-kira pukul 3.49 petang dari Balai Polis Betong.

Katanya difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu seorang saksi memberitahu bahawa beliau hanya sempat melihat seekor buaya mengheret kanak-kanak berkenaan ke dalam sungai.

Beliau berkata bomba dengan kerjasama penduduk tempatan melancarkan gerakan mencari sebaik tiba di tempat kejadian, namun sehingga operasi ditangguhkan pada kira-kira pukul 7 malam dan kanak-kanak berkenaan masih belum ditemui.

Operasi bersambung hari ini.

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud