ARTIKEL SEBELUM

21/11/15

'Layan Husam buang masa, biar meroyan'



"Layan Husam buang masa. Tunggu sahaja beliau serah bukti kepada Dewan Harian PAS Pusat. Kalau biar dia meroyan sorang-sorang," kata Zaharudin Muhammad dalam posting di Facebook beliau hari ini.

Sambil memuat naik beberapa keping gambar, Zaharudin berkata, disebeabkan Datuk Husam Musa tidak muncul seperti dirancangnya pada hari ini, dia menganggap kenyataan bekas exco kanan Kelantan itu mengenai "penyelewengan" sebagai "fitnah".

"Oleh kerana Husam tak dapat bawa bukti (hingga) hari ini maka saya anggap itu adalah fitnah dan karenah Husam tak perlu dilayan lagi," tulis beliau.

Sebelum ini media sosial menjadi medan kedua-dua tokoh itu berbalas hujah secara terbuka mengenai isu pembalakan di Kelantan.

Husam yang juga ADUN Salor pernah mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.

Zaharudin pula melalui posting Facebook menuduh anak didik bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu cuba menjatuhkan kerajaan Kelantan.

“Demi Allah! Saya akan lawan Husam selepas ini demi selamatkan Kelantan. Cukup saya melihat Kedah dijatuhkan oleh puak-puak Phahrolrazi dengan fitnahnya.

“Saya menyeru rakyat Kelantan bersama-sama mempertahankan Kelantan,” tulisnya.

Bye bye Husam

Tarikh hari ini kemudian ditetapkan untuk Zaharudin bersemuka dengan Husam bagi membentangkan hujah mengenai isu berkenaan.

Bagaimanapun Husam pada semalam memaklumkan dia sedang berada di China dan meminta semua pertemuan membabitkan dirinya ditangguhkan.

Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata beliau sudah memaafkan Husam walaupun dia dianggap "lebih teruk daripada Firaun".

"Yang penting saya sayangkan Kelantan seperti saya sayangkan negeri saya sendiri. Justeru apabila Husam seolah-olah mendakwa adanya berlaku penyelewengan, maka saya minta bukti. Jika ada saya bersama Husam (akan) menentang penyelewengan tersebut. Kalau tidak Husam kena hentikannya.

"Apabila saya minta Husam buktikan berlakunya penyelewengan, dia ajak dialog isu Kedah dan Terengganu. Bila saya bagi tarikh 21 (November), dia kata tak ajak (secara) rasmi dan label saya lebih teruk daripada Firaun.

"Bila saya buktikan ada surat yang telah dihantar nanti dia kata tak terima pulak. Bila dialog berlaku tanpa Husam, maka penyokong Husam terutama (kumpulan) pro-AMANAH spin kata program tak berlangsung dan tunjuk bilik kosong.

"Padahal dia (datang) lewat dan dapati bilik kosong kerana bilik dikemaskan sejurus siap program atas arahan pengurusan KUISM (mungkin merujuk kepada Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad - KUIZM).

"Bye bye Hussam. Ini mungkin posting akhir saya tentang Husam yang banyak membuang masa saya," katanya.

Zaharudin juga memaklumkan, disebabkan sesi dialog dengan Husam itu tidak berlangsung dia kemudian menukar majlis itu kepada sesi penerangan "bajet alternatif".- Mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud