ARTIKEL SEBELUM

28/11/15

Hanya satu lawan satu dalam PRU14


Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menegaskan bahawa matlamat Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ialah pertandingan satu lawan satu dan pertikaian dalam gabungan itu perlu diselesaikan.

Azmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang menuntut PKR tidak membenarkan Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Pilihan raya ini masih jauh. Pertindihan kerusi yang berlaku pada setiap pilihan raya kecil, pilihan raya umum dan pilihan raya negeri, merupakan satu proses biasa.

"Semua pihak perlu duduk dan berbincang. Prinsip dan perjanjian kami ialah satu lawan satu,” katanya dalam sidang media di Kongres Nasional PKR ke-11 di Shah Alam hari ini.

Khairuddin melalui akaun Facebooknya berkata, jangan biarkan PAN bertanding di kerusi PAS.

“Jika PKR yang bekerjasama dengan PAN mengiyakan PAN bertanding tiga penjuru di kawasan PAS melawan Umno, maka apa sebab PAS perlu berundur memberikan laluan PKR bertanding tanpa tiga penjuru lalu memberikan kerusi selamat kepada PKR,” kata Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud