ARTIKEL SEBELUM

17/10/15

Sifat kenegerian TMJ demi rakyat Johor

SHAH ALAM - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan kenyataannya selama ini yang dilihat bersifat kenegerian adalah cerminan tanggungjawabnya kepada rakyat Johor.

Tunku Ismail berkata, Johor bukan sekadar bola sepak dan beliau tidak peduli dengan pihak yang menyangka JDT sebagai satu alat politik.

"Saya bakal menjadi Sultan negeri ini dan tanggungjawab utama saya adalah rakyat negeri Johor. Malaysia penting bagi saya, tetapi Johor dan JDT sentiasa saya utamakan," katanya dalam satu temubual bersama sebuah laman web sukan FourthOfficial.com.

Tunku Ismail mengingatkan bahawa semua pihak perlu sedar tentang apa yang diwarisi selama ini dan sejarah penyertaan Johor di dalam Persekutuan Tanah Melayu serta haknya dalam sistem bernegara.

"Rakyat patut tahu, bahawa kekusutan di negara kita sekarang ini tiada kaitan dengan keluarga DiRaja Johor. Sejak sekian lama kita telah berdiri teguh, berdikari dan bijak.

“Kita menyertai Persekutuan Tanah Melayu pun dengan kedua belah pihak bersetuju dengan syarat-syarat tertentu, dan sekiranya terdapat syarat-syarat tersebut dilanggar, kita berhak menarik diri," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud