ARTIKEL SEBELUM

2/09/15

Terserah pada polis untuk ambil tindakan terhadap Dr M


Kementerian Dalam Negeri menyerahkan kepada polis sama ada mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir pada perhimpunan BERSIH 4, hujung minggu lepas.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata polis telah diberikan tanggungjawab bagi menangani perhimpunan haram berkenaan.

"Itu merupakan hak beliau untuk berbuat demikian (hadir pada perhimpunan), tetapi kini kami serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat di Pusat Perkhidmatan Modal Insan Ekspatriat Malaysia (Pusat MYXpats) di ibunegara semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Pusat MYXpats merupakan pusat sehenti yang akan memproses permohonan dan mengeluarkan semua Pas Penggajian (EP) dan pas-pas berkaitan EP yang lain bagi para ekspatriat yang bekerja di Malaysia.

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud