ARTIKEL SEBELUM

16/09/15

Swiss soal siasat saksi Malaysia berhubung kes 1MDB

Pendakwaraya persekutuan Switzerland hari ini berkata, Malaysia bersetuju untuk mengatur sesi kepada penyiasat negaranya bagi mengambil keterangan beberapa saksi dalam siasatan mereka berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ketuanya, Michael Lauber, hari ini bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, untuk membincangkan "kerjasama" dalam kes 1MDB.

Menurut kenyataan itu, kerjasama antara Malaysia dan Switzerland dianggap sebagai penting kepada siasatan yang dijalankan mereka.



Lauber ketika ini sedang menghoskan mesyuarat Persatuan Pendakwaraya Antarabangsa di Zurich.
Switzerland tidak mengenal pasti saksi yang akan disoal siasat sebenarnya dan meminta pihak berkuasa Malaysia untuk menguruskannya.

Pejabat Lauber berkata mereka sudah membekukan aset "berjumlah puluhan juta dolar AS" dalam akaun bank Switzerland yang berkaitan dengan siasatan itu.

Pejabat itu juga berkata pada 14 Ogos lalu, mereka sudah membuka kertas prosiding jenayah terhadap 2 pegawai 1MDB dan seorang individu yang tidak dikenali berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Siasatan berdasarkan dua transaksi yang mencurigakan ditemukan oleh agensi pencegahan pengubahan wang haram Switzerland. – Reuters

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud