ARTIKEL SEBELUM

15/09/15

Mat Sabu: Himpunan 16 Sept bodek, tak 'gentleman'

Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menempelak penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadual berlangsung esok kerana dianggap sebagai himpunan "membodek" kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pengerusinya Mohamad Sabu menyifatkan himpunan itu sebagai "tidak gentlemen" kerana himpunan yang berani adalah himpunan yang menyatakan kebenaran depan pemerintah yang zalim.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata hal itu juga bersesuaian dengan maksud Nabi Muhammad SAW dan amalan para nabi sebelum ini seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Musa yang menentang pemerintahan yang zalim pada zamannya.

"Bagi saya perhimpunan yang diadakan esok, (adalah) himpunan bodek pemerintah, bukan himpunan orang yang berani. Sebab menyokong pemerintah. Perhimpunan yang berani (adalah perhimpunan) lawan pemerintah.

"Sekarang kita kena lawan Najib dan pemerintahanya. Bagi saya, kamu ada misai melintang ka, guru silat ka, kalau himpunan untuk sokong pemerintah, kamu bukan gentleman. Kalau mengikut (maksud) hadis, itu bukan dia," katanya.

Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu itu menjawab soalan berhubung penyertaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai BERSIH 4 hujung bulan lalu yang antara lain menuntut Najib melepas jawatannnya.

Ia susulan Najib kini berdepan pelbagai skandal dan tuduhan termasuk isu sumbangan politik RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya dan skandal beban hutang firma pelaburan 1MDB.

Polis bagaimapun memberi kebenaran penganjuran himpunan tersebut di Padang Merbok selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran penggunaan kawasan itu termasuk Umno yang tidak melarang anggota menyertai himpunan itu tetapi perlu mematuhi undang-undang.

Mengulas lanjut dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, beliau turut membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi sokongan terhadap penganjuran himpunan itu di Padang Merbok esok.

"Orang yang melawan, menentang pemerintah yang zalim sebab segala kuasa ada pada pemerintah. Ini menteri dalam negeri pun beri sokongan, himpunan apa macam tu. Ini himpunan bodek sahaja," katanya lagi.

Mengulas kehadiran Dr Mahathir dalam himpunan itu, Mohamad berkata kehadiran bekas presiden Umno itu semata-mata beliau bersetuju dengan desakan supaya Najib melepaskan jawatan, bukannya menyokong BERSIH.

"Bagi saya (kepada) Dr Mahathir, kalau ada kes pemerintah adil, kalau dia (pemimpin) buat kesalahan, inilah masanya untuk mendakwa dia.

"Jadi, orang kata, kenapa boleh bersama Dr Mahathir, bagi saya dia (Dr Mahathir) bukan pemerintah lagi," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud