Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak akan berjaya disingkirkan sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
“Ini amat sukar memandangkan semua anggota Umno dilihat berhutang kepadanya. Dan pembangkang pula tidak mempunyai cukup anggota untuk meluluskan usul itu,” katanya.
Komentar beliau itu hadir sewaktu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamid mendakwa seorang anggota parlimen Umno menyediakan akuan bersumpah di kalangan MP BN dan pembangkang bagi mengisytiharkan mereka mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat.
Walaupun Zahid mendakwa pemimpin itu telah sedar, cakap-cakap mengenai usaha itu masih berterusan hingga hari ini susulan seramai 20 MP BN yang didakwa terlibat telah dinamakan.
Setakat ini empat MP - Datuk Hasbullah Osman (Gerik), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Datuk Rahim Bakri (Kudat) dan Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan) menafikan penglibatan mereka.
Dalam tulisan itu juga, Dr Mahathir turut menyatakan tindakan terbaru Najib mengecewakan pihak berkuasa dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menyiasat firma pelaburan 1MDB.
Ini menyebabkan desakan supaya perdana menteri perlu disingkirkan.
"Oleh itu, pandangan umum masih kekal mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai PM," tulis Dr Mahathir.- mkini