ARTIKEL SEBELUM

18/08/15

Kerjasama PKR, DAP, PAS Selangor kekal walaupun Pakatan berpecah - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerjasama-pkr-dap-pas-selangor-kekal-walaupun-pakatan-berpecah-kata-speaker#sthash.128ztXkN.dpuf

Kedudukan kerusi PAS, PKR, dan DAP dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor masih kekal 15, 13, 15 walaupun hubungan politik Pakatan Rakyat (PR) diisytiharkan berakhir, kata Hannah Yeoh.

Speaker DUN Selangor itu berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang notis perubahan kerusi daripada mana-mana pihak termasuk PAS, sekali gus menolak spekulasi DUN bakal digantung.

"Buat masa ini tidak ada isu kerana saya tidak menerima apa-apa surat. Kali terakhir daripada PAS yang memaklumkan parti itu menggantung 2 ahlinya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin.



"Setakat ini kedudukan kerusi dalam DUN kekal," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Mengenai kemunculan kuasa baharu Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal menggantikan PAS, beliau enggan mengulas lanjut kerana menganggap isu itu terlalu awal dan menyerahkan kepada pemimpin tertinggi parti untuk menentukannya.

"Sebagai speaker saya tidak boleh komen tetapi terpulang kepada pemimpin tertinggi untuk menentukannya, jadi isu ini bagi saya masih terlalu awal.

"Setakat yang saya tahu tiada apa-apa notis perubahan dan perjalanan Dewan berjalan lancar hari ini. Ini contoh kematangan politik yang ditunjukkan Adun," katanya.

PAS dilaporkan bakal kehilangan jumlah keahliannya apabila GHB Selangor dilancarkan akhir bulan ini dan ramai ahli PAS akan menyertainya.

Penyelaras GHB Selangor, Izham Hashim pada sidang media 14 Ogos lalu berkata, bahagian GHB di kesemua 22 kawasan Parlimen di Selangor akan ditubuhkan.

"Anda akan terkejut pada hari pelancaran itu, anda akan lihat sejumlah bahagian dan cawangan PAS akan berakhir," kata Izham yang juga Pesuruhjaya PAS Bahagian Kelana Jaya.

Turut hadir pada sidang media itu, Saari dan Hasnul yang digantung keahliannya kerana menyokong DAP dan PKR yang mencadangkan nama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tahun lalu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 16 Jun lalu mengumumkan Pakatan Rakyat sudah berakhir atas alasan kecewa dengan PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membuat tindakan melanggar prinsip gabungan pembangkang itu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan 22 Julai lalu mengumumkan satu pakatan baharu pembangkang yang akan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi, dan menggesa rakyat Malaysia menyertainya demi menyelamatkan negara daripada krisis akibat skandal rasuah, kewangan, dan kejatuhan nilai ringgit.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud