ARTIKEL SEBELUM

4/08/15

MH370: Penduduk pulau bantu operasi mencari

MH370: Penduduk pulau bantu operasi mencari



LA REUNION - PERANCIS. Penduduk Pulau Reunion dan pulau berdekatan kini membantu operasi mencari serpihan pesawat Boeing 777 yang didakwa milik penerbangan MAS, MH370.

Menurut CNN, kru operasi dan penduduk meluaskan kawasan carian di sekitar Mauritus, 175 kilometer dari Reunion.

"Kami memberikan kerjasama sepenuhnya selepas serpihan ditemui di Pulau Reunion," kata seorang anggota polis Mauritus, Sarjan Indira Bhugobaun.

Bot dan pesawat pengawal pantai sudah memulakan operasi mencari sejak Sabtu dan operasi dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Pengawal pantai kepulauan Seychelles yang terletak 1,800km di utara Reunion juga menerima arahan untuk membantu mencari serpihan pesawat.

Sementara itu, orang ramai juga berkumpul di pesisiran pantai Reunion berdekatan kawasan flaperon pesawat ditemui.

"Hari ini, ramai orang pergi ke pantai dan memberikan objek kepada pihak polis, namun kami fikir ia tiada kaitan dengan pesawat," kata jurucakap dewan bandar raya Saint-Andre, Jean-Yves Sambimanan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud