ARTIKEL SEBELUM

10/07/15

''Belajar tinggi-tinggi, akhirnya mengemis juga''

KESEMPATAN digunakan seorang anak muda di hadapan pemimpin tertinggi negara mengenai kesengsaraan golongan muda menjadi topik bualan hangat para netizen di media sosial.

Anak muda yang hanya dikenali sebagai Zahra itu merupakan seorang graduan ijazah undang-undang mendapat sokongan yang hebat daripada rakyat Malaysia kerana berucap tentang erti sebenar 'survival' bagi pihak golongan muda di negara ini.

Difahamkan, ucapan ini telah disampaikan oleh Zahra ketika sidang 'Laporan Sosio-ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi' yang berlangsung pada 17 Jun 2014 bersama timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di KLGCC.

Video rakaman ucapannya itu telah dimuat naik di laman YouTube oleh MTEM Bersatu pada 7 Julai lalu.

Menurut Zahra, walaupun berpelajaran tinggi, tetapi kehidupan kebanyakan golongan muda di Malaysia masih lagi seperti ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' sambil mempersoal apakah nasib graduan jika ini berlarutan?

“Belajar tinggi-tinggi, akhirnya mengemis juga,” kata Zahra dalam ucapannya.

“Apabila saya diminta untuk bercakap di pentas ini, di hadapan timbalan perdana menteri, inilah peluang untuk saya suarakan luahan hati generasi saya.

"Saya tahu saya tidak bersendirian kerana ramai kawan-kawan saya turut terseksa,” kata Zahra.

Anak muda itu kemudian mengakhiri ucapan dengan “saya Zahra dan saya sayangkan Malaysia.”. Read more

''Belajar tinggi-tinggi, akhirnya mengemis juga'' - #SayaZAHRA

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud