ARTIKEL SEBELUM

25/06/15

Parti serpihan tidak mampu bertahan

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sejarah telah membuktikan penubuhan parti serpihan tidak mampu bertahan lama.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, perkara itu perlu dijadikan iktibar oleh mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan partParti serpihan tidak mampu bertahani politik baharu sebelum ia hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah.

"Berdasarkan sejarah yang ada di Malaysia, parti-parti serpihan ini tiada yang bertahan. Contohnya Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), semuanya berkubur.

"Kita tidak menghalang (penubuhan parti baharu) cuma kita sebut sejarah supaya boleh dijadikan iktibar. Tetapi kalau mereka rasa yakin, tiada masalah dan bukan kuasa kita untuk menghalang," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu bagi menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, beliau berkata mana-mana pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti yang berlangsung pada awal bulan ini perlu berjiwa besar dan menerimanya dengan hati yang terbuka. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud