ARTIKEL SEBELUM

2/06/15

"Lupakah, PAS pernah kalah teruk jika sendirian?'

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata sekiranya parti Islam itu keluar dari Pakatan Rakyat, kemungkinan sejarah kekalahan teruk pada pilihan raya umum 1986 akan berulang.

Walaupun terdapat pihak berpandangan bahawa PAS mampu berjuang sendiri, Suhaizan menegaskan namun ia bukan jalan terbaik.

"Amat penting kita pertahankan Pakatan daripada dirosakkan dari dalam. Mungkin ada dalam kalangan kita percaya bahawa berjuang sendirian adalah jalan terbaik.

"Tetapi lupakah kita dengan pencapaian sewaktu kita sendirian dulu? Lupakah kita waktu PAS hanya menang 1 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 1986 walaupun bertanding 98 kerusi Parlimen?," kata Suhaizan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar dalam Mukatamar Pemuda PAS kali ke-56 di Shah Alam hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud